Mengurus Permohonan Pembahagian Faraid Tidak Semudah Yang Disangka - Cahaya Hayati

29 Dec 2020

Mengurus Permohonan Pembahagian Faraid Tidak Semudah Yang Disangka

Mengurus Permohonan Pembahagian Faraid Tidak Semudah Yang Disangka. Assalamualaikum wbt & hi korang! Fuhhh lamanya Ch tak update. Busy youuu. Busy ke sana  ke sini. Dalam sibuk ke sana  ke sini, CH baru berkesempatan untuk menguruskan permohonan pembahagian faraid bagi tanah kebun arwah mak. Baru hantar borang saja. Belum di panggil untuk mendengar pembahagian faraid tersebut. 


Mengurus Permohonan Pembahagian Faraid Tidak Semudah Yang Disangka


Yang sebenarnya CH malas nak ambil tahu pasal tanah peninggalan ni tetapi kena selesai juga sebab takut jadi apa-apa di kemudian hari dan urusan pembahagian tersebut akan menjadi lebih sulit. So, percepatkan dan permudahkan dengan harapan tiada perkara berbangkit di kemudian hari. 


Cara Memohon Pembahagian Pusaka Dan Faraid Di Pejabat Tanah Dan Daerah, uruskan pembahagian pusaka di pejabat tanah, cara memohon pembahagian pusaka


Ini baru settle yang sebelah arwah mak, yang sebelah arwah ayah masih belum settle lagi sebab yang ini sedikit complicated. Pertama, CH ada adik beradik berlainan emak. Kedua, ada tanah yang masih belum mempunyai geran. So, nak kena settle urusan permohonan geran terlebih dahulu... Barulah boleh memohon untuk membuat pembahagian faraid. Nampaknya, urusan pembahagian faraid ini bukan boleh siap sebulan dua. Mungkin akan makan tahun... Tu belum kira bab adik beradik setuju atau tak dengan pembahagian tersebut. Fuhhh sangat mencabar mental, fizikal dan juga kewangan. 


Okaylah CH nak share cara CH memohon untuk pembahagian faraid di pejabat tanah dan daerah. CH tak ke amanah raya sebab kos urusan pembahagian faraid di pejabat tanah dan daerah lebih rendah. 


Cara Memohon Pembahagian Pusaka Dan Faraid Di Pejabat Tanah Dan Daerah


1. Maklumkan kepada semua adik beradik bahawa perlu selesaikan urusan pusaka dan faraid secepat mungkin. Jika ada yang volunteer nak uruskan, serahkan kepadanya. Jika tiada, dapatkan persetujuan adik beradik bahawa kita yang uruskan. 

2. Dapatkan salinan kad pengenalan adik beradik/ibu bapa saudara/datuk nenek dan lain-lain. 

3. Senaraikan semua harta seperti hartanah, tunai, kenderaan, emas, saham dan lain-lain aset kepunyaan si mati. 

4. Dapatkan semua salinan dokumen bagi harta pusaka tersebut. Bagi kenderaan, dapatkan nilai harga terkini dari kedai yang menjual kenderaan ( ada surat yang mengesahkan nilai tersebut). Begitu juga dengan emas. 

5. Dapatkan borang pembahagian pusaka dan faraid di pejabat tanah. Isi borang beserta dokumen sokongan yang lengkap dan perlu disahkan oleh pesuruhjaya sumpah.

6. Dapatkan salinan geran terkini dan semak cukai tanah semasa. Kos RM 7 tidak silap CH.  

7. Jelaskan cukai tanah terkini. CH lega sangat dekat sini sebab hanya tahun 2020 saja belum jelaskan cukai. So, jelaskan. 

8. Buat 3 salinan borang permohanan pusaka dan faraid berserta dokumen sokongan yang lain. 

9. Hantar borang permohonan. Untuk kes CH, sepatutnya CH kena hantar borang permohonan di pejabat tanah dan daerah Padang Terap tetapi di sebabkan dah hujung tahun...  kena hantar ke Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah di Anak Bukit. 

10. Tunggu panggilan untuk mendengar pembagian pusaka dan faraid. 


*** Disclaimer: Cara yang CH kongsikan ini mungkin berbeza mengikut daerah/ negeri masing-masing. 


Nampak saja macam senang tetapi nak sampai ke tahap menghantar borang pun dah ambil masa. Bila nak hantar, ada saja halangan seperti tak cukup dokumen atau dokumen kena buat carian semula, kena sahkan dokumen dan banyak lagi.... Kadang-kadang tu rasa macam nak mengalah saja. Tapi bila fikirkan semua ini kena selesaikan selagi CH dan adik beradik masih hidup, teruskan juga. 


So, bagi korang yang masih belum selesai urusan pusaka dan faraid... bolehlah cuba selesai selesaikan secepat mungkin. Bukan sebab kita tamak tetapi kita permudahkan urusan simati dan juga urusan saudara-saudara kita. Itu saja. 


Doakan CH supaya dapat selesaikan hal-hal berkaitan pusaka dan faraid ini secepat mungkin.


No comments:

Post a Comment