Pengalaman Tinted Kereta Di UV Kool Tint Kulim. Baru-baru ni CH pergi tinted kereta di UV Kool Tint Kulim tapi bukan kereta CH yer. CH tolong bawa, pilih dan deal saja.. Bayaran tuan punya kereta yang buat. hahaha...
Pengalaman Tinted Kereta Di UV Kool Tint Kulim
Sebenarnya ini kali pertama CH bawa kereta untuk tinted. Sebelum ni suami yang buat tak kiralah tinted, cuci kereta dan juga service. Semuanya serah kat suami. Sebab itulah dia selalu berletiaq kat CH supaya ambil tahu tentang kereta supaya apa-apa yang berlaku senang. Tapi macam biasalah, bini dia tak rajin bab kereta ni. Hihi..
CH memilih UV Kool Tint Kulim kerana ia dimiliki oleh bumiputera dan rasanya kedai tinted bumiputera yang pertama di Kulim. Sebelum pergi tu, minta suami advice tinted mana yang bagus, sesuai dan harga berpatutan untuk kereta sepupunya yang akan menjadi pengalaman pertama CH tinted kereta.
Selepas mendengar pendapat suami, CH terus whatsapp UV kool Tint Kulim untuk bertanya tentang urusan tinted. Book slot dulu. Untuk pemilihan jenis tinted pula, staff UV Kool Tint Kulim minta datang ke kedai untuk penerangan dan juga perbandingan jenis tinted. Selepas itu, barulah pilih tinted yang kita nak dan bersesuaian dengan harga.
Bila dah dapat slot booking, terus inform sepupu suami untuk bawa kereta ke UV Kool Kulim. Disini terdapat pelbagai jenis tinted dari yang paling murah RM88 sehinggalah yang kualiti terbaik dan harga bergantung kepada jenis kereta. CH sempat snap harga untuk jenis tinted dan jenis kereta. So, mungkin korang boleh ushar ushar mana yang paling sesuai untuk kereta korang.
Selepas mendengar penerangan staff UV Kool Kulim ini, sepupu suami telah memilih tinted UV Kool jenis nano dimana pemasangannya adalah mengikut spesifikasi yang diluluskan oleh JPJ. Macam kat bawah ni.
Cermin depan 30% gelap, Cermin depan sisi adalah 50% gelap dan cermin sisi belakang serta cermin belakang tiada had gelap. So, CH tolong advice supaya cermin sisi belakang dan belakang sekali letak yang gelap supaya senang nak betulkan tudung, letak bag dan lain-lain lagi.
So, inilah hasilnya selepas 2 jam tinggalkan kereta di UV Kool Kulim. Sangat recommended kepada korang yang nak pasang tinted.
Untuk info lanjut dan tawaran diskaun, korang boleh layari FB Page UV Kool Tinted di bawah.
Boleh cuba buat kat kedai ni
ReplyDeleteboleh2.. nampak dekat timeline diskaun 25% disambung lagi
DeleteSokong perniagaan bumiputra
ReplyDeleteya betul. Siapa lagi nak support bumiputera kalau bukan bumiputera sendiri
Deleteokay...lepas ni cari makan dgn kereta baru pulak ...tahniah
ReplyDeleteBukan kereta kita ler... kereta sepupu asben. Masih dengan yang lama...
Delete