Yazid Isa Tawarkan Pelbagai Pilihan Mee Kuah. Baru-baru ni mommy baru berkesempatan untuk pergi menjamu selera di restoren Yazid Isa Mee Kuah Tulang. Restoren ni dekat saja dengan rumah mommy. Di buka sebelum ramadan hari tapi sepanjang ramadan dia tutup. Restoren ini di buka dari pukul 11 pagi sehingga 12 malam.
|
Yazid Isa Mee Kuah Tulang |
Menu yang mommy order adalah mee kuah tulang, mee kuah lobster dan set nasi sup tulang. Harga yang di tawarkan pun berpatutan. Rasa pula, kena dengan selera mommy. Anak-anak pun makan habis mee kuah lobster depa. Encik suami pula order set nasi bersama sup tulang. Sup sedap sangat cuma sambal kicap tu macam kurang kena dengan sup. Kalau dapat sambal belacan, lagi sedap.
|
mee kuah tulang |
|
mee kuah lobster |
|
yazid isa mee kuah lobster |
|
set nasi sup tulang |
Kalau korang nak cuba sendiri, bolehlah datang sendiri dan rasa sendiri mee kuah yang di tawarkan dengan pelbagai pilihan me kuah. Selain dari mee kuah dan sup, yazid isa juga tawarkan chicken chop, set nasi dan nasi goreng...
Pergh!! Lobster tu ohsem giler..
ReplyDelete