Kuih Raya | Buat Sendiri Atau Beli? - Cahaya Hayati

8 Jun 2018

Kuih Raya | Buat Sendiri Atau Beli?

Kuih Raya | Buat Sendiri Atau Beli?. Hai uolls! Banyak ke kuih raya korang? Buat sendiri atau beli? Kalau korang buat sendiri, mommy memang salute sangat dengan korang. Sempat lagi buat kuih raya yang berjenis-jenis malah ada yang sanggup berjaga tengah malam untuk buat kuih raya. Ada juga yang siap buat untuk rumah sendiri, rumah mak sendiri dan juga rumah mak mertua. Rajinnya korang!

Mommy sendiri dah lama tak buat kuih raya. Last buat rasanya masa zaman bujang dulu. Bila dah ada anak, memang tak buat dah. Bukan tak cuba, cuba malah dah siap beli bahan buat kuih raya tapi akhirnya tak terbuat. Membazir saja bahan yang mommy beli... Sejak itulah mommy dah tak buat kuih raya. Mommy rasa tempah atau beli lagi jimat berbanding mommy beli bahan tapi tak jadi kuihnya.. hihi

kuih raya, raya 2018, beli atau buat sendiri kuih raya?, Kuih Raya | Buat Sendiri Atau Beli?, berbaloi ke beli kuih raya?
Antara kuih raya 2018. Yang ni beli dari Kampung Huma Sungai Petani...Murah dan sedap sangat. Tat Nanas tu baru RM16 sebalang. 

Selalunya mommy tak tempah banyak kuih raya setakat empat atau lima jenis saja. Selebihnya mommy akan beli kerepek, rempeyek dan kacang untuk penuhkan balang kuih raya yang ada kat rumah. Pengalaman mommy menyambut raya... Kacang, rempeyek ngan kerepek yang paling laku bila adik beradik berkumpul..

kuih raya, raya 2018, beli atau buat sendiri kuih raya?, Kuih Raya | Buat Sendiri Atau Beli?, berbaloi ke beli kuih raya?
Yang tempah dengan dealer lain...  Masa rasa hari tu sedap.

kuih raya, raya 2018, beli atau buat sendiri kuih raya?, Kuih Raya | Buat Sendiri Atau Beli?, berbaloi ke beli kuih raya?
RM 29 untuk 50 biji...  Nasib baik tempah sebalang saja. hihi

Bagi mommy, kuih raya tu buat sendiri atau beli... Tak salah pun yang penting kita sambut raya dengan meriah, saling memaafkan dengan hati yang ikhlas dan tidak lupa pada saudara mara yang dekat dan jauh. Itu yang sebetulnya kan?

3 comments:

  1. sha semua beli sebab kerja sampai sehari sebelum raya :(

    ReplyDelete
  2. beliiiii dengan bangganya CT mengaku beli ahaha.. memang xdela nak buat..

    ReplyDelete
  3. Ikut bajet masing-masing ada lebih apa salahnya beli dalam masa yang sama dapat tolong orang lain jana income

    ReplyDelete