Info Menarik Beg Tangan Bijan - Cahaya Hayati

27 Jun 2018

Info Menarik Beg Tangan Bijan

Info Menarik Beg Tangan Bijan. Penuh timeline dengan perkataan BIJAN hari nu.. Memula tu tak faham juga tapi bila berkait dengan astro awani, gagah mommy mencari maksud BIJAN yang hangat di perkatakan. Bukan bijan biasa rupanya.. hihi. 

Jangan hairan jika baru kali pertama dengar. Mommy pun baru kali pertama dengar dan tahu jugak. Sebabnya ianya hanya di kenali di kalangan Billionaire. So, disini mommy kongsikan serba sedikit tentang handbag jenama BIJAN ni..

Bijan, jenama bijan, apa itu bijan,


Info Menarik Beg Tangan Bijan


  • Setiap rekaan dikatakan akan hanya ada beberapa unit.
  • Setiap unit pula boleh direka dengan lebih spesifik berdasarkan kehendak pelanggan.
  • Diperbuat daripada kulit buaya yang berkualiti tinggi.
  • Boleh ditambah dengan hiasan seperti batu permata dan perincian lain yang mahal dan eksklusif.
  • Diperbuat dengan tangan (handmade) oleh mereka yang berkemahiran tinggi.
  • Klien yang berminat mahu dapatkan beg tangan bijan mesti buat temujanji di butik Bijan.
  • Harga setiap unit boleh mencecah ratusan ribu sehingga ke jutaan ringgit.


Info Tambahan Jenama Bijan


  • Sebelum mereka beg tangan, jenama Bijan lebih dikenali sebagai pembuat pakaian lelaki (menswear), minyak wangi dan aksesori.
  • Hanya beberapa tahun kebelakangan ini Bijan mengeluarkan beg tangan wanita.
  • Bijan terkenal dengan prinsip memfokuskan produk mereka kepada 1% populasi dunia (yang pastinya terdiri daripada golongan elit, kerabat diraja dan pemimpin tertinggi dunia).

NOTA: 
Cara yang betul untuk sebut jenama Bijan ialah “Bi-Jhen”.

Sumber: Puan Mary Guru Imej

2 comments:

  1. bijan ohhh bijan. Mampu tengok je la...

    ReplyDelete
  2. Salam aidilfitri Yati..
    Cerita handbag Bijan menjadi sebutan sejak 2 minggu lalu.. Hebat jenama bijan, hehehe

    ReplyDelete