Semalam merupakan kali pertama mommy ke butik SMIGGLE di Queensbay Mall, Pulau Pinang. Dah hampir 3 tahun tak ke sana sebab banyak sangat shopping complex kat Penang ni. Hihi.. Ke butik SMIGGLE ni pun sebab nak tunaikan janji kerana mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan KAFA dan sekolah.
smiggle. Bukti dah tunaikan janji... |
Bukan nak mewahkan anak-anak tapi bila dah janji kena tunaikan.. Moga menjadi motivasi kepada mereka untuk terus meraih kejayaan demi kejayaan.
Yang sebenarnya kakak Aisya request nak 3 item dari SMIGGLE jika dia berjaya mendapat tempat pertama di sekolah dan juga KAFA. Tapi kakak Aisya hanya berjaya mendapat tempat pertama di Kafa saja. Jadi jumlah hadiah kena cut.. Abang ammar pula sebab berjaya melayakkan diri semula ke kelas pertama.. Congratulation for both of you.
Butik SMIGGLE terletak di lower ground Queensbay.. Bersebelahan dengan butik elianto dan bertentangan dengan MC Donald. Mommy ingatkan tak ramai orang di butik tu.. Sekali, ya ampun ramai sampai nak selit pun susah. Masa ambil gambar tu dah kurang sikit. Punyalah ramai peminat SMIGGLE. Mommy akui mommy sedikit ketinggalan dalam hal ni.
Dah masuk tu berpinau sekejap mata mommy tengok harga yang terpapar. Tapi sekejap ja... Hahaha. Harga memang begitu sebab produk dia sangat exclusive. Lepas berpinau mata jadi rambang pula. Rambang mata tengok semua produk SMIGGLE yang cantik, comel, colorful dan berkualiti tinggi. Patutlah jadi kegilaan anak-anak dan remaja.
Kakak Aisya dah rambang mata |
abang dah jumpa apa yang abang nak... hihi |
Aisy pun nak jugak. haha |
Untuk hadiah ni, kami bagi anak-anak pilih apa yang mereka mahu dengan syarat tak melebihi budget yang di beri . Mommy dan daddy selalu tetapkan jumlah yang anak-anak boleb belanja bila outing... Kalau tak tetapkan jumlah mau satu butik depa angkut. Nanti mommy ngan daddy yang pengsan kat situ..Haha
Kalau korang mncari hadiah yang cantik,comei dan eksklusif bolehlah mencari di SMIGGLE. Pasti anak-anak senyum sampai telinga .
koleksi barangan smiggle |
Yang longgok camni ada offer... |
Bag smiggle cantik dan eksklusif. Kalau dapat nombor satu tahun 2018 dan A berderet, baru mommy belikan |
Sorang happy, sorang unhappy sebab wallet rabak |
Dah dapat yang di hajati, kami pun pusing-pusing Queensbay mencari barang mommy pula tapi apakan daya tak jumpa yang berkenan di hati... Nasib mommy tak berapa baik di Queensbay tapi mommy sempat membuat pembelian di butik Elianto. Hihi. Nanti mommy up apa yang mommy beli di Elianto.. Okaylah bye nak pergi beli baju sekolah depa pulak.
alahai comelnya brg2 smiggle ni
ReplyDeleteWah..budak2 kalau masuk taknak keluar ni..hahaha
ReplyDelete1st time tau psl kedai ni ms gi nu central.. tp sbb bkn mak mak.. so x ambk tau sgt.. aahhaha
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Seronok anak2 kan kak.. Dpt rewards atas usaha mereka. Apa pun semoga anak2 sentiasa suksess dalam pelajaran mereka.
ReplyDeleteComel husband u. Tak happy pulak..
ReplyDeleteHaha
Haritu pun pertama kali masuk dan tau kedai ni..rambang mata gak..ahhaha
ReplyDeleteKalau saya pun rabak juga ni. Bukan utk anak saja...utk saya sekali sebab saya mmg gilakan stationary.
ReplyDeleteWah macam macam ada di Smiggle ni. Ramai juga yg dtg
ReplyDeleteSeronok budak2 ni dapat reward. Banyak boleh pilih
ReplyDeleteAlamak.. penuh kaler pink. Klau nampak si zara ni mau dia nak angkut semua. 😅😅
ReplyDelete