Urut Murah Di Perda - Cahaya Hayati

25 Feb 2018

Urut Murah Di Perda

Urut murah di Perda. Petang tadi mommy telah membuat urutan satu badan di rumah urut orang buta. Saja pergi berurut kerana badan rasa tak sedap dan sering sakit belakang. Dah lama tahu tentang perkhidmatan urut oleh orang buta ni tapi tak berkesempatan nak pergi. Mommy pernah guna perkhidmatan mereka pada tahun lepas tapi urut kaki sajalah. So, kali ini mommy ambil pakej urut satu badan dan harganya baru RM40. Murahkan?

Tempat urut yang di uruskan oleh orang-orang buta di bukanlah macam spa tapi ia berseuaian dengan harga yang di tawarkan. Mommy rasa okay saja sebab urutan yg di berikan sangat memuaskan. Siap terbelahak angin saja. Banyak angin rupanya..hihi

Pakej yang di tawarkan

Perkhidmatan urut satu badan ni adalah selama 1 jam mulai dari belakang  badan, kaki, bahagian depan, bahu dan akhirnya urutan di kepala. Berbaloi sangat! Badan pun rasa best lepas urut.

Kalau korang nak urut dalam budget minimum, bolehlah datang sini. Untuk wanita hanya ada seorang saja tukang urut. So, kalau datang berdua, kena tunggu giliranlah.

So, ini pakej lengkap yang di tawarkan oleh persatuan orang buta.

Untuk pengetahuan korang juga, mereka boleh membuka booth di pejabat korang. Jika ada event, bolehlah menjemput mereka. Transport dan peralatan urut akan mereka bawa sekali. Cuma kita jemput saja.. Sesekali kita berbakti pada yang kurang upaya dengan cara menambah /memberi peluang mereka menambah rezeki.

Pejabat mommy pun dah dua kali panggil mereka untuk buka booth.

Kalau korang berminat untuk urut atau lain-lain urusan bolehlah hubungi encik Hassan dengan datang sendiri ke Aroma Reflexology & Tradisional Massage Centre, 12-A Tingkat 1, Bandar Perda, Bukit Mertajam, Seberang Perai

Bagi yang belum pernah datang, tempat urut ni kelihatan sedikit daif. Mungkin juga tiada dana untuk menjaga atau maintain peralatan. Oleh iti, mommy nak ajak ramai-ramai untuk datang mengurut di sini untuk menambah pendapatan OKU yang berusaha untuk hidup berdikari. 

1 comment: