Susahnya Nak Turunkan Berat Badan - Cahaya Hayati

7 Feb 2018

Susahnya Nak Turunkan Berat Badan

Susahnya Nak Turunkan Berat Badan. Ya Allah susah sungguh nak turunkan berat badan ni. kihkih. Time melantak tak ingat pun nak jaga badan tu. Seriuosly, bila usaha sungguh-sungguh nak turunkan berat badan... tapi berat badan tu tak turun pun. Jarum kat penimbang tunjuk angka yang sama juga. Rasa macam malas nak diet dah. Tapi bila tengok suami yang usaha untuk turunkan berat badan sejak November hari tu, baru 5 kg turun... Rasa macam motivate balik. Diet kami takdelah diet sampai tak makan, masih makan tapi kurangkan jumlah tu di samping exercise seperti joging dan hiking. Encik suami saja pergi gym... 

Bila tengok jarum penimbang tak turun dan tunjuk angka yang sama, mommy rasa mommy kena ubah pola pemakanan mommy sampai mommy dapat berat yang mommy nak. So, mulai minggu ni.. eh akujanji pada diri sendiri ni. No more nasi lemak, bihun, koay teow, mee, maggi goreng waktu pagi atau malam... Sila ambil oat dan bijirin yang lain, lebihkan sayur, buah-buahan dan air. Oppps kurangkan minum minuman manis. Maniskan senyuman takpa. 

Agaknya berat badan lepas bersalin susah turun sebab hormon, stress dan lain-lain faktor. Faktor yang mommy pasti adalah faktor rajin masak sebab itulah berat badan susah nak turun. Asal masak saja, makan mesti bertambah.. hahaha. 

Yang pasti, mommy cuba agar tidak tergoda dengan makanan yang sedap, berlemak dan manis. Eh terbayang cheese cake pula. Doakan semoga dalam tempoh 3 bulan ni boleh turun 10 kg. Mampu ke mampusss...

breakfast ni sajalah setiap hari


Sebelum teruskan diet, kita perlu kenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan berat badan kita susah nak turun. So, mommy dah kenalpasti sebab-sebab yang menyebabkan berat badan mommy naik dan susah nak turun. Apabila dah kenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan mommy gemuk dan susah nak turun berat badan, jadi mommy kena elak atau tidak buat agar mommy dapat turunkan berat badan seperti yang di kehendaki. In Sha Allah.


SEBAB-SEBAB SUSAH TURUNKAN BERAT BADAN

Sumber: Google


  • Pengambilan Air Soda Dan Kafein
  • Kurang Tidur
  • Tidak Sarapan
  • Makan Terlalu Cepat
  • Kurang Minum Air Putih
  • Makan Ketika Stress
  • Pengambilan Karbohidrat Berlebihan
  • Terlalu Banyak Menonton Televisyen
  • Menggunakan Pinggan Bersaiz Besar
  • Pesan Combo Makanan
  • Minum Kordial
  • Makan Dalam Portion Yang Besar
  • Malas Bersenam
  • Makan Lewat Malam

7 ulasan:

  1. memang susah nak turun sebab malas nak exercise hahaha bila entah nak rajin tapi nak kurus cepat

    BalasPadam
  2. Kalau tinggalkan minuman dan makanan manis memang berat badan senang nak turun, selain pemakanan yang seimbang dan senama juga lah

    BalasPadam
  3. bila stress asik nak makan, bila makan stress pulak, adoiii.... :)

    BalasPadam
  4. Kte bru pas bersalin pn skrg ni gigih gk nk trun berat ni. Tp tgh duk ngn mertua mnum minuman manis je. Tggu blik umh sndri sok😅😅😘

    BalasPadam
  5. Wow. Terlalu banyak menonton televisyen..hehe naseb lah wlpn ada di rumah tapi jarang tengok tv.. paling wajib pon sejam sehari..slot yg mommy minat..hehehe skrg tengah layan Lafazkan Kalimah cintamu... Yang lain tu tengah follow bagi betul2 untuk kurangkan berat badan lagi 7kg..huhu banyak lagi

    BalasPadam
  6. Samalah mcm sy kak...sejak bersalinkan anak no 3 ni payah bebenor nak turunkan berat badan...

    BalasPadam