loading...

#Cabaran20hari ~ Amalan Berbalas Juadah Di Bulan Puasa

4:00 PTG Cahaya Hayati 1 Comments

Seperti yang di ketahui, bulan Ramadhan adalah bulan untuk mengeratkan silaturrahim. Berbalas juadah adalah salah satu caranya.

Dulu, masa Cik Ti masih kanak-kanak ribena.. amalan berbalas juadah memang menjadi amalan di kampung Cik Ti. Bukannya berbalas juadah tu setiap hari. Selalunya di beri kepada jiran apabila mak masak sesuatu yang istimewa ataupun bila ada rezeki lebih. Tidak mengharapkan balasan.. Jika berbalas, ada lah rezeki untuk merasa juadah yang di masak oleh jiran. Alhamdulillah.

Kini, amalan ini sudah tidak di amalkan. Contohnya dalam kejiranan Cik Ti...masing-masing sibuk dan kebanyakkan juadah berbuka pun adalah hasil carian di PARAM. Nak hulurkan kepada jiran pun malu.. Lainlah yang di masak sendiri.

Teringin nak berbalas juadah tapi masih belum berkesempatan lagi pada tahun ini. In Sha Allah akan cuba juga sebelum syawal menjelma.
#Cabaran20hari yang lain

1 comments:

Shahida Dzulkafli berkata...

Samalah kita.. tahun nie belum berkesempatan berbalas juadah.. Weekend jer ada hal.. x sempat nak masak..

Pengikut

Google+ Followers