loading...

#Cabaran20hari ~ Resepi Hidangan Sahur Paling Ringkas

11:00 PG Cahaya Hayati 7 Comments

Assalamualaikum wbt.

Cabaran ketiga adalah cabaran yang paling senang. Resepi hidangan sahur paling ringkas.. kacang ja tuh.

Resepi hidangan ringkas dari Cik Ti adalah resepi sambal telur pecah. Senang dan kegemaran encik suami. Encik suami panggil masakan 5 minit sebab sambal tu Cik Ti dah masak sehingga pecah minyak dan simpan dan peti ais. 

Cik Ti buat sambal tu siap-siap senang dan cepat jika nak masak sambal, nak buat mee/ koay teow/ bihun goreng. Boleh juga untuk di buat sambal bihun sup.

Untuk memasak yang lain tu, Cik Ti hanya tambah bahan-bahan yang di perlukan untuk masakan tersebut.

Resepi stok sambal

Cili kering RM1- di potong potong untuk buang biji
6 ulas bawang besar - di hiris besar
air - untuk kisar
garam
gula
bahan perasa
minyak

Caranya.
1. Goreng cili dan bawang sehingga layu. Sejukkan.
2. Kisar bahan yang di goreng
3. Masak semula sehingga mendidih atau pekat dengan menggunakan minyak gorengan tadi. Kurangkan minyak jika banyak.
4. Masukkan garam, gula dan bahan perasa secukupnya. Gula tu tak masukkan pun tak apa sebab boleh tambah apabila memasak hidangan yang berlainan.
5. Sejukkan terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam bekas untuk di simpan dalam peti ais.

Sambal Telur Pecah

Bahan-bahan:
4 biji telur
2  labu Bawang besar - 1 labu di kisar bersama bawang putih. 1 labu di potong bulat.
2 ulas bawang putih - di kisar
minyak
gula
garam
bahan perasa
air asam

Cara-caranya:
1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan 3 sudu stok sambal. Biarkan mendidih.
2. Masukkan telur sebiji sebiji. Biarkan seketika agar telur menjadi separuh masak sebelum terbalikkannya.

3. Terbalikkan telur untuk masakkan bahagian atas.
4. Masukkan bawang yang di potong bulat dan biarkan mendidih seketika.
5. Angkat dan dihidangkan bersama nasi panas.


Jom sertai kami untuk #Cabaran20hari Puasa/Raya 2015. Untuk baca #cabaran20hari Puasa/Raya 2015 boleh klik link di bawah



terima kasih kerana membaca. :)

7 comments:

khaty aiman berkata...

my feveret walaupun bukan bulan puasa

Eny Abdullah berkata...

mmg sedappppp

Mirabeads azi berkata...

my favorite jugak bila tak tahu nak masak apa dah....
dah tahu dah sahur esok nak masak apa hahhaha

yoorin melacolea berkata...

feberet jugak ni.. selalunya kalau buat sambal udang ke sambal ayam ke sambal tumis waktu buka, lauk dah abes, tigngal sambal je.. so boleh buat sambal telur pecah time sahur.. dah malas sangat kan.. hehehe

ewento marcello berkata...

owh...gambar makanannnnn.....

Zaidalifah Hussin berkata...

Salam...
wahhh sedap tu telur memang wajib ade kan... sumber protein adalah sumber tenaga

jemput baca : http://kumahuitu.blogspot.com/2015/06/cabaran20hari-yang-ke-3-resepi-hidangan.html

Akif Imtiyaz berkata...

Nampak sedap noooo tuuu ..mkn plak ngan nasi panas2 ..

Pengikut

Google+ Followers