Fuhhh! Cabaran ke 14 dah.
Raya dulu tak sama dengan sekarang. Suasana dulu-dulu memang tak akan kembali..
Tapi kami tak la melayan... Jaga diri beb!
Itulah pengalaman raya Cik Ti masa zaman kanak-kanak. Apa pengalaman korang pula? Kongsi la sikit.. kitakan ada pengalaman masing-masing.
Raya dulu tak sama dengan sekarang. Suasana dulu-dulu memang tak akan kembali..
Kutip Duit Raya
Zaman kanak-kanak Cik Ti dulu masih ada lagi istilah kutip duit raya. hehe.. Sekarang tak tahu la pula sebab anak-anak hanya pergi beraya dengan Cik Ti dan suami saja.. Kami ( Cik Ti dan suami) tak benarkan anak-anak pergi beraya dengan kawan-kawan demi keselamatan depa. Lagipun kawasan perumahan kami besar dan mempunyai banyak nama.. Sesat nanti.Tak Makan Tiada Duit Raya
Dulu, kami (cik ti dan kekawan) akan berjalan sekeliling kampung selepas sembahyang raya. Tak makan tapi nak duit raya saja.. Ada yang layan.. ada yang kenakan syarat ' tak makan takdak duit raya'. Maka, kami pun gigih juga makan demi duit raya...hihiKena Ngorat
Bila jalan ramai-ramai dalam kampung memang akan kena usik. Biasalah team anak dara semua... Jalan pun dengan penuh sopan, ayu dan segala mak nek yang berkaitan dengan kontrol ayu.. hihiTapi kami tak la melayan... Jaga diri beb!
![]() |
OOTD Raya 2014 Ammar : Kurta Aisya : kurung moden |
Dapat Penat
Bila dah keliling kampung dengan jalan kaki, penat la yang dapat paling banyak sekali. Sampai rumah terus zzzzzz. Sedangkan duit raya yang dapat tu tak banyak mana pun... Selalunya lumba dengan kawan-kawan dan adik beradik sapa yang dapat duit raya paling banyak.Itulah pengalaman raya Cik Ti masa zaman kanak-kanak. Apa pengalaman korang pula? Kongsi la sikit.. kitakan ada pengalaman masing-masing.
Betul tu.. takut sesat satu hal.. kita nak mencari satu hal.. penyudahnya, nak beraya memang kena pergi dengan ibubapa.. lebih selamat dan terjamin.
ReplyDelete