#Cabaran20Hari ~ Kuih Kegemaran Di Bulan Puasa - Cahaya Hayati

6 Jul 2015

#Cabaran20Hari ~ Kuih Kegemaran Di Bulan Puasa

Assalamualaikum wbt.

Mencari masa untuk menyahut cabaran. Hari ini baru berkesempatan untuk up entry untuk cabaran ketujuh. Kebanyakkan blogger lain dah buat cabaran ke-10. In Sha Allah akan cuba up 4 cabaran yang tertinggal hari ini..

Cabaran ke-7 adalah kuih kegemaran di bulan puasa. Seperti cabaran sebelum ini iaitu menu wajib di bulan puasa , Cik ti telah nyatakan bahawa buah melaka adalah menu wajib. Jadi kuih kegemaran cik Ti adalah buah melaka.

version beli

Resepi Buah Melaka

Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
2 sudu tepung beras
4 helai daun pandan - kisar untuk dapatkan jus
2 gelung gula melaka
RM0.50 kelapa parut
Garam untuk digaul dengan kelapa

Caranya:
1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel/ tidak melekat di jari.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.
4. Panaskan air hingga mendidih.
5. Masukkan bebola pulut tadi.
6. Bila kuih timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.
7. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.
8. Hidangkan.

pssst...
Buah melaka yang buat sendiri tak sempat nak ambil gambar sebab dah di makan oleh Aisya Ammar yang tak posa. Belum sempat nak gaul dengan kelapa dah habis dah... Jadi tayang gambar versi beli sajalah.

2 comments: