#Cabaran20hari Apa Erti Puasa Pada Anda?

11:00 PG Cahaya Hayati 3 Comments

Assalamualaikum wbt.

Menyahut cabaran.

Cabaran satu, soalan adalah Apa Erti Puasa Pada Anda? Hehehe.. Senang ja ni.

Apa Erti Puasa Pada Anda?

Erti puasa pada Cik Ti....

Zaman Kanak-Kanak

Masa kecil dulu, masa umur 6-8 tahun... Puasa sebab nak raya. kena momok ngan mak dan jiran kalau tak posa tak boleh raya. Nak raya punya pasal posa la.. Posa sampai lembik macam upin dan ipin. Tapi boleh pergi main lagi ngan kawan-kawan kampung. hehe.. 

Masa ni puasa pun yangyok lagi.. Ada hari curi-curi minum. Kadang-kadang makan kalau mak bagi.. Kadang-kadang kena marah sebab nak buka puasa. Walaupun kena marah, tapi Cik Ti suka sebab bulan posa mak buat macam-macam kuih untuk berbuka. 

Zaman Remaja

Dah faham apa sebab kena puasa. hihi dah pandai ler. Tuntutan agama rupanya. Ingatkan nak raya saja.hikhik.

Masa ni puasa penuh dah. Kalau tak posa penuh mau kena pelengkung..

Masa umur 13 tahun baru tahu kenapa orang perempuan ada masa dalam bulan ramadhan tak boleh posa. Ingatkan saja tak posa. Kitakan antara budak yang lambat datang period. Mana la nak tahu... 

Zaman Belajar Di Universiti

Pada zaman ni selain memenuhi tuntutan agama, berpuasa adalah salah satu cara untuk mengekalkan atau menurunkan berat badan. 

Cik Ti sanggup tak bersahur semata-mata nak kurus sebab masa tu berat naik sampai 55 kilo. Nak maintain 48 kilo ja. 

Lagipun penyakit MALAS ada dalam diri juga. Duduk asrama dan malas nak turun beli sahur kat cafe. So, tak bersahurlah. 

Ngek betul. Kalau tahu kelebihan dan keberkatan bersahur.. confirm tak buat. Jangan gelak tau.. Itu zaman jahiliah diri Cik Ti. Ambik mudah..

Zaman Bujang Bekerjaya

Dah apa pakwe (Encik suami la)  time ni dan duduk rumah sewa. Mula menghayati makna sebenar berpuasa. Rajin juga berbuka di masjid dengan kawan-kawan rumah sewa. Sekaligus berterawih.

Encik suami pula time ni rajin betul ajak teman dia pergi beli juadah berbuka dan berbuka bersama-sama. Jauh kot Kepala Batas dengan Kulim. Hhihi sayang punya pasal.. apa pun boleh.

Zaman Berkahwin Belum Ada Anak 

Erti puasa masa ni.. Belajar banyak perkara tentang encik suami dan mak mertua. Terutamanya menu berbuka dan sahur. Yang paling susah ialah menu sahur sebab berbuka pi Param ja... Huwaaa. Mancabar betul. Lap peluh!

Lagipun masa ni masih tak suka bangun sahur. Leceh.. Pastu pula tengah morning sickness untuk first baby. Seksanya sebab alah kepada bau makanan. :(

Puasa masa ni juga mengajar Cik Ti erti kesabaran yang tinggi. 


Zaman Duduk Berjauhan

Duduk berjauhan dengan encik suami pada tahun 2012. Masa ni dah ada anak 2.. Memang mencabar dan sedih sebab sahur dan berbuka dengan anak-anak. Anak-anak kecil lagi. Nasib baik la ada family ipar yang duduk selang 4 rumah. Kadang-kadang berbuka dengan mereka...

Masa ni baru menghayati makna sahur sebab nak kena kuat untuk jaga anak dua orang dan duduk di perantauan.


Zaman Ada Anak 3

Yang dua dah mula belajar berpuasa. Erti berpuasa dah mula terangkan agar mereka faham erti berpuasa yang sebenar. Tapi anak-anak manalah faham sangat apa yang kita terangkan. Ada hari puasa penuh dan ada hari puasa yangyok.  Tidak memaksa. Biarlah mereka menghayati makna puasa dengan cara tersendiri.

Cabaran berpuasa? Tahap kesabaran yang tinggi sebab setiap 5 minit si Aisya dan Ammar akan minta untuk berbuka. Kalau tak bagi akan buat muka sedih bagi mommy & daddy kesian. Awal-awal hari tu memang terpesona dengan lakonan sedih tu. Bila minum ja terus cergas.. lompat sana.. lompat sini. Hihi Anak-anak bila berpuasa cengginilah gayanya. teringat zaman kita budak-budak dulu.

Erti Puasa Sebenar

Apa pun erti puasa pada kita, jangan di lupa erti puasa yang sebenar-benarnya iaitu -


 “Berpuasa Bulan Ramadhan benar-benar mengajar kita erti taqwa yang sebenar di samping mensyukuri segala nikmat yang kita perolehi selama ini dimana juga Rasulullah pernah bersabda bahawa puasa merupakan perisai bagi orang yang bertakwa.

Kita juga perlu senantiasa mengamalkan sifat qana’ah (berpada-pada) dalam apa jua yang kita lakukan.” 

3 comments:

kisah earty berkata...

selamat berpuasa cik T.. singgah sini sambil klik nuff.. :)

Hayati Sakaria berkata...

Terima kasih.

Akif Imtiyaz berkata...

Salam ramadan cik t..

Pengikut

Google+ Followers