Roti Gardenia Goreng Rangup. Lapar? Nak masak apa untuk minum petang? Yang ada pun roti gardenia yang baru sehari expired. Jangan buang. Ambil roti tersebut dan olah ia menjadi menu kegemaran anak-anak iaitu Roti Gardenia Goreng Rangup.
Tak sampai 5 minit, confirm roti gardenia goreng rangup yang korang buat tu habis. Ini adalah salah satu cara untuk menghabiskan roti yang nak expired atau baru sehari expired.
Roti Gardenia Goreng Rangup Mudah Dan Sedap |
Resipi Roti Gardenia Goreng Rangup Mudah Dan Sedap
Bahan:
Roti gardenia
2 biji telur ayam - dipukul dan ketepikan
Tepung bestari original
1 sudu besar rempah kari ayam
Caranya:
Satukan rempah kari ayam dengan tepung bestari original. CH tak guna yang spicy sebab anak-anak tak suka pedas. Jadi campurkan dengan rempah untuk bagi ada rasa rempah..
Potong sekeping roti kepada 3 bahagian.
roti gardenia |
Ulang sehingga habis roti.
Panas minyak dan goreng roti sehingga garing kedua belah.
kuali hitam kesukaan. hihi... |
Angkat dan hidangkan ketika panas bersama mayonis dan sos cili. Makan saja pun sedap.
Selamat mencuba uolls!
Roti gardenia goreng rangup ni sedap betul untuk sarapan pagi atau minum petang!
ReplyDelete