Resepi Ikan Jenahak Masak Cuka Sedap Dan Tahan Lama - Cahaya Hayati

26 Aug 2020

Resepi Ikan Jenahak Masak Cuka Sedap Dan Tahan Lama

Resepi Ikan Jenahak Masak Cuka. Resepi favorite dan sedap. Resipi dikala buntu nak masak. Menu masa tak lalu nak makan. Lauk masa pantang. Hahaha... Jadi, bila CH buntu tak tahu nak masak apa dan nak cepat, memang menu ni yang menjadi pilihan CH. Dapat pula makan dengan nasi panas... Memang bertambahlah. Ikan kesukaan CH untuk masak cuka ini adalah ikan jenahak, ikan merah, ikan tenggiri, ikan otek, ikan seludu dan juga ikan haruan. Bak kata semua ikan boleh dibuat masak cuka ni...


Masak cuka memang menu yang mampu membuka selera dan sedap di makan bila-bila masa saja walaupun bukan dalam tempoh berpantang. Selain itu, lauk ini juga merupakan lauk yang tahan lama dan tak mudah basi. Lagi lama, lagi sedap.. 


Arwah mak CH pesan, kalau buat masak cuka letak bawang putih banyak-banyak. Lagi banyak lagi sedap... Sampai sekarang memang CH akan masukkan bawang putih banyak-banyak. Sedap!


Resepi Ikan Jenahak Masak Cuka Sedap Dan Tahan Lama, resipi ikan jenahak mudah dan sedap, ikan jenahak, resipi ikan jenahak, masak cuka ikan jenahak, ikan jenahak masak cuka mudah dan sedap, ikan jenahak masak cuka, resipi masak cuka ikan jenahak, resipi ikan mudah dan sedap, lauk berpantang, resipi ikan untuk berpantang, lauk berpantang, resipi ikan mudah dan sedap, sedapnya ikan jenahak masak cuka, sedapnya ikan jenahak, menu ikan jenahak mudah dan sedap,
Resepi Ikan Jenahak Masak Cuka Sedap Dan Tahan Lama



Resepi Ikan Jenahak Masak Cuka Sedap Dan Tahan Lama


Bahan:


5 potong ikan jenahak - di gaul garam kunyit dan digoreng terlebih dahulu. Ketepikan.

1 biji bawang besar - dipotong separa bulat

10 ulas bawang putih - diracik halus

2cm halia - racik halus

3-5 biji cili padi - dibelah 2

1 biji cili besar - dipotong serong

1-2 sb cuka

1 cwn air

minyak secukupnya - CH guna minyak goreng ikan saja

Garam secukupnya


Caranya:


Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia, cili besar dan cili padi sehingga wangi.

Masukkan air. Biarkan sehingga mendidih.

Tambahkan cuka. Biarkan sehingga mendidih sekali lagi. 

Masukkan ikan jenahak yang telah di goreng tadi. Biarkan ia mendidih dengan api yang perlahan.

Rasa. Jika belum cukup masin dan masam, bolehlah tambah garam dan cuka secukupnya. 

Angkat dan hidangkan bersama nasi panas. 


#tips: Menu ini sedap jika di panaskan 2 atau 3 kali sebelum makan


No comments:

Post a comment