Permohonan Ke MRSM Tingkatan 1 Dan 4 Telah Dibuka Mulai 24 Ogos Sehingga 4 Disember 2020. Permohonan ini bolehlah di buat diatas talian www.mara.gov.my. Tahun ni bermulanya tahun untuk CH kena rajin buka web MARA dan Kementerian untuk memohon sekolah berasrama. Teruja sebab anak sulung CH akan melangkah ke sekolah menengah tahun depan. CH memang target untuk hantar anak untuk bersekolah di sekolah berasrama. Sekolah dekat-dekat pun takpa janji anak-anak dapat fokus pada pelajaran demi masa depan depa.
Permohonan Ke MRSM 2021 Tingkatan 1 Dan 4 Telah Dibuka Mulai 24 Ogos Sehingga 4 Disember 2020
Ya CH dah apply walaupun dok risau tak dapat sebab penilaian untuk kemasukkan pada tahun 2021 ni lain dan tak menggunakan keputusan UPSR. Tapi takpa dengan berbekalkan keyakinan yang kakak Aisya boleh melepasi syarat yang telah di tetapkan, maka CH pun apply... Ta2 cuba tak tahu kan? Mohon juga doa dari korang supaya anak CH terpilih dan mendapat tempat di salah satu MRSM yang CH minta tu..
MRSM mempunyai sistem pendidikannya yang tersendiri dan ianya tak sama dengan Sekolah Berasrama Penuh yang lain. Ia berteraskan sains, teknologi, kejuteraan dan matematik yang berpaksikan kepada pembinaan karektar para pelajar untuk menjadi insan cemerlang yang holistik, innovatif dan berintegriti.