AidilAdha 2020 | Barbeque Daging Korban - Cahaya Hayati

4 Aug 2020

AidilAdha 2020 | Barbeque Daging Korban

AidilAdha 2020 | Raya Dalam Kerisauan Jangkitan Covid-19. Salam Aidiladha korang. Hari kerja, hari baru sempat nak buka blog. Busy bebenor. Hahaha... Untuk Aidiladha kali ini CH cuma masak rendang ayam, nasi beriani ayam dan dhalca sayur. Ketupat pula, ketupat beku yang beli masa aidilfitri tempohari. Tak baik membazirkan? Hahaha.. Lepas husband balik dari solat aidiladha, kami terus gerak ke rumah abah (FIL) sebab kali ini MIL dan inlaw CH pakat buat korban. Satu bahagian hanya boleh diwakili oleh 2 orang saja untuk memudahkan proses korban dan juga mematuhi SOP yang telah di tetapkan. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. 

Barbeque Daging Korban Di Hari Raya Pertama


Di sebabkan semua pakat masuk korban, maka banyaklah lebihan daging selepas ditolak yang wajib sedekah. Apalagi 2,3 hari sebelum raya adik beradik husband dah rancang untuk buat barbeque di rumah abah (FIL). Menu pun dah ditetapkan siap-siap. Malah pembahagian tugas pun dah buat... Senang. Masing-masing dah tahu nak buat apa. Kos pula, hasil collection dari setiap keluarga... 

Rancangnya nak bakar daging saja tapi bila masing-masing pakat nak buat kenduri... maka banyaklah menu. Dari daging, bertambah ayam, kambing, ikan siakap dan sosej...   Tapikan semua menu tu tak di ambik gambar sebab camera semua kat anak-anak yang main game dengan sepupu-sepupu depa. 

aidiladha 2020, daging korban, buat apa daging korban, barbeque daging korban, satay daging korban,
AidilAdha 2020 | Barbeque Daging Korban

aidiladha 2020, daging korban, buat apa daging korban, barbeque daging korban, satay daging korban,


Gambar barbeque yang ada hanyalah gambar daging, kambing dan ikan siakap. kohkoh... Jadilah sebagai bukti barbeque. 

Barbeque Daging Korban di Hari Raya Kedua


Kalau raya pertama di rumah FIL dan adik beradik suami, raya kedua MIL pula nak buat dengan adik beradik dia. Suami kata layankan ja.. Bbq sebelah MIL buat di rumah bapa saudara husband di Bedong. Walaupun buat di sana, tapi perapan daging CH buat di rumah. Senang, sampai sana dah boleh bakar terus... 

Buat pertama kalinya juga CH buat perapan satay untuk daging. Husband request. Separuh buat daging bakar dan separuh lagi buat satay. Dia punya order macamlah wife dia ni tukang masak yang teror. Nasib baik ada mahaguru mr google ada. Kita google saja... 

Alhamdulillah perapan satay tu menjadi cuma kurang manis macam makan kat kedai.. Tapi bila dicicah dengan kuah kacang tu memang sedap sangat. Kuah kacang tu pun beli. Kihkih....

So, inilah rupa satay yang CH buat hasil dari google... simpan di sini buat kenangan. Hahaha... 

aidiladha 2020, daging korban, buat apa daging korban, barbeque daging korban, satay daging korban,
Satay daging korban


Hasil selepas bakar, memang tak sempat ambil... HP ada kat anak-anak CH.

Itulah cara kami beraya dan mengeratkan sillahturrahim diantara ahli keluarga. Apa cerita raya korang? CH dengar ramai yang beraya di perantauan sebab covid-19 dan juga sebab nak hantar anak masuk universiti...

2 comments:

  1. Seronoknya BBQ daging fresh...SA dapat gak sikit..nak salai and masak lemak daging salai...ermm..dapnyaaa

    ReplyDelete
  2. Tak de gambar pun dah boleh tau dah rupa satay lepas bakar tu..nasib baik tak tunjuk.Saya ni bukan boleh tengok benda2 gitu.mUla la lapar memanjang.Hahaha

    ReplyDelete