Masuk Thailand Melalui Imigresen Durian Burung (Malaysia) Dan Banprakob (Thailand) - Cahaya Hayati

14 Dec 2018

Masuk Thailand Melalui Imigresen Durian Burung (Malaysia) Dan Banprakob (Thailand)

Masuk Thailand Melalui Imigresen Durian Burung Dan Banprakob (Thailand). Hai korang! Esok pi mana? Mesti tak sabar nak pergi bercuti lah tuu... Mommy dah pergi bercuti tapi yang dekat-dekat sajalah. Sesuailah dengan budget... 

Percutian keluarga kali ini, mommy memilih Sakom, Thailand sebagai destinasi percutian. Sakom adalah kawasan laut dan pantai bagi Selatan Thailand. Ia terletak sebelum Pattani. Part berkenaan Sakom, mommy cerita dalam entry yang lain. Dalam entry yang ini, mommy hendak cerita tentang Imigresen Durian Burung dan Banprakob, Thailand. 

Mommy dan daddy memilih untuk melalui Imigresen Durian Burung kerana ia lebih dekat untuk Sakom Beach dan yang paling penting tak perlu queue lama macam di Bukit Kayu Hitam. Berejam oii nak lepas Imigresen sana tu. 

Oh yer sebelum nak pergi ke Imigresen  Durian Burung tu, korang perlu prepare border/ passport, white card, insurans dan juga kebenaran membawa masuk kenderaan. Kami buat semua tu di Shell RnR Gurun. Tak ingat berapa kena bayar tapi daddy kata murah. Kalau tak buat atau terlepas tempat nak buat, korang boleh buat di Kuala Nerang ataupun di Padang Sanai berhadapan dengan kilang gula. Cuma kat sana mahai la sikit... 

Masuk Thailand Melalui Imigresen Durian Burung (Malaysia) Dan Banprakob (Thailand), imigresen durian burung, cara masuk ke imigresen durian burung, durian burung,

Masa melepasi Imigresen Malaysia, semua berjalan dengan lancar. Satu-satunya kereta yang melalui Imigresen tu. kihkih... Heaven gila.

Masa di Imigresen Banprakon pula, hanya ada 2 biji kereta yang parking. Yang beratur pula ada la dalam 5 orang. Kiranya dok settle urusan di Banprakob ni dalam 15 minit ja. Giler cepat. Cuma masa urusan kat Banprakob ni, pegawai yang urus tu tak berapa mesra alam. Asyik speaking thai saja. So, urusan pun macam ayam bercakap dengan itik. Nasiblah senang kalau tak mau ternganga kat situ... Rugi betul tak cakap siam ngan arwah ayah dulu. 

Masuk Thailand Melalui Imigresen Durian Burung (Malaysia) Dan Banprakob (Thailand), imigresen durian burung, cara masuk ke imigresen durian burung, durian burung,

Seperti biasa, sementara menunggu giliran... Kita posing dulu. Sempatlah snap dua tiga keping gambar buat kenangan..

Masuk Thailand Melalui Imigresen Durian Burung (Malaysia) Dan Banprakob (Thailand), imigresen durian burung, cara masuk ke imigresen durian burung, durian burung,

Masuk Thailand Melalui Imigresen Durian Burung (Malaysia) Dan Banprakob (Thailand), imigresen durian burung, cara masuk ke imigresen durian burung, durian burung,

Lepas settle urusan, teruskan perjalanan ke bumi Thailand. Alhamdulillah cuaca kat sana cantik dan awan dia pun cantik. Nampak macam dekat ja. 

Kalau nak ke Hatyai, Songkhla, Narathiwat dan Yala pun boleh ikut sini... Jalan kat sini senang saja. Just follow signboard. Kami 100% follow google maps. Alhamdulillah tak sesat, cuma kena rajin google tempat-tempat yang best untuk di lawati dan makan. 

Masuk Thailand Melalui Imigresen Durian Burung (Malaysia) Dan Banprakob (Thailand), imigresen durian burung, cara masuk ke imigresen durian burung, durian burung,

In sha Allah kalau nak ke sana lagi, kami akan masuk melalui sini...  Senang dan tak perlu tunggu lama. 

4 comments:

  1. Jalan masuk ni sekarang dah makin popular. Dulu orang tak tahu sangat. Bagus jugak kuasa viral 😁

    ReplyDelete
  2. good info laa tq for sharing

    ReplyDelete
  3. tgh google tmpat mkan best sekali terjumpa blog ni.. tq sharing

    ReplyDelete