Ammar Dan Aisy Dah Berkhatan - Cahaya Hayati

27 Dec 2018

Ammar Dan Aisy Dah Berkhatan

Ammar Dan Aisy Dah Berkhatan. Dah jadi hero dah anak teruna mommy dua orang ni. Dah selamat dikhatankan pada hari isnin (17hb Disember 2018) yang lalu. Proses berkhatan hero-hero mommy ni di buat di Poliklinik Dr. Azhar Lembah Impiana, Kulim. 

Proses berkhatan yang menjadi pilihan adalah clamp tetapi Aisy saja yang boleh buat clamp. Manakala  abang perlu di sunat secara biasa di sebabkan ada masalah sikit. Walaubagaimanapun, kedua-dua cara ini sangat mudah untuk di jaga. Proses penyembuhan pun sangat cepat. Hari kelapan dah boleh pakai seluar. Hari ke sembilan dah boleh pergi jalan-jalan dan makan kenduri. hihi...


Gambar atas baru sampai dari klinik, Abang Ammar dah tak boleh senyum sebab kesan ubat kebas dah hilang. Aisy masih lagi boleh senyum.. Tapi lepas tu, dia pula dok jerit sakittt. So, cepat-cepat mommy bagi ubat yang doktor bekalkan. Barulah tenang keadaan.. 

Seperti ibu-ibu yang lain, mommy sendiri yang jaga termasuklah mencuci dan meletakkan ubat. Agak mencabar untuk mencuci dan meletakkan ubat kerana Ammar & Aisy seperti fobia untuk di sentuh di tempat berkhatan. Baru pegang kapas dan jerit sakit, sakitttt... Memang perlukan kesabaran yang tinggi. Untuk info dan proses penjagaan pula, banyak yang mommy perolehi melalui mr. google. Tak tahu nak tanya siapa dan ini merupakan pengalaman pertama mommy dan juga daddy.

Lepas 3 hari Aisy dah boleh bangun, jalan dan panjat katil sendiri. Abang ammar masih fobia.. Sikit-sikit mommy... mommmy. Manja overdose! hahaha..


Bagi yang tak tahu tentang kaedah berkhatan secara clamp, ini adalah gambar alat yang di gunakan. Cara ini mudah untuk di jaga dan ibu bapa pun tak perlu guna paip atau tali untuk tinggikan kain. Tempat berkhatan selamat dalam sarung ni. Senang juga untuk di mandikan... 



Masalah yang mommy hadapi adalah ketika hendak buka clamp ni sebab tiada explanation lanjut dari doktor. Maybe doktor ingat kami suami isteri dah ada pengalaman. So, bagi yang memilih kaedah clamp ni, korang perlu bagi anak berendam lama dalam air terlebih dahulu sebelum ke klinik. Ini adalah untuk memudahkan proses membuka clamp dan anak tidak akan berasa sakit

Inilah pengalam pertama dan terakhir kot untuk anak berkhatan. 

4 comments:

  1. Alhamdulillah.. Selamat dah semuanya ye..

    ReplyDelete
  2. Tahniah ammar dan aisy...dah bujang...

    ReplyDelete
  3. Ada kawan ofis saya dulu anak dia umur 3 tahun dia khatan kan. Hari khatan esok anak dia dah berlari. Dia cakap mudah khatan anak time kecik. Tapi saya dengar saya plak tak sampai hati.. hehehe

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah~

    Btw, jemput datang join segmen bloglist Myra yang pertama! :D

    Myra | The Grey Lines Between Segment | Blog List For the First Half of 2019

    ReplyDelete