Tersinggah Di RIB'S CAFE. Hari isnin baru ni, mommy dan keluarga ke Sungai Petani sebab ada urusan penting. Di sebabkan masa yang mommy ambil agak lama, daddy bawa anak-anak pergi minum tapi depa order sekali dengan makan. hahaha... Macam tu lah selalu. Rupanya restoran yang daddy dan anak-anak pergi tu adalah RIB'S CAFE.
RIB's CAFE adalah restoren yang menyediakan menu western dan ala carte seperti Lamp chop, Rib's Steak, Nasi Goreng Harimau Menangis, Chicken Chop, Burger Kambing Special dan lain-lain lagi. Korang boleh cuba sendiri ataupun tengok komen-komen di facebook Rib's Cafe sendiri.
Masa mommy sampai, anak-anak dah order set chicken wing dan Spaghetti carbonara. Sedap dan saiz hidangan pun banyak. Berbaloi dengan harga...
Rib's Cafe |
Untuk air pula anak-anak order ice blended berperisa mangga dan coklat. Daddy pula order fresh orange.. Air pun sedap.
Kakak Aisya |
Ini pula gambar menu-menu yang ada Rib's Cafe. Gambar-gambar ini mommy perolehi dari Facebook mereka.
Okaylah bagi korang yang gemarkan western food, korang boleh singgah ke Rib's Cafe yang terletak di Wisma Bandaran Sungai Petani. Sedap, murah dan sangat berbaloi...
lapar plak tgk menu western ni...yummm
ReplyDeletehmm..sedapnya...saya mmg suka makanan ala western mcm ni...tp suami pula suka masakan melayu ....
ReplyDeleteNampak sedap...portion pun besar dan nampak berbaloi...
ReplyDelete