2019, Moga Lebih Baik Dan Positif - Cahaya Hayati

3 Jan 2019

2019, Moga Lebih Baik Dan Positif

Assalamualaikum wbt & selamat tahun baru. Moga tidak terlambat lagi untuk mommy ucapkan selamat tahun baru untuk korang.. Selamat Tahun Baru! So, apa azam tahun baru korang? Carry yang lama atau ada azam / wishlist yang baru? Dan apa azam/wishlist tahun 2018 korang yang telah di capai? Kalau banyak yang tercapai, tahniah untuk korang. Kalau belum, jom kita usaha lagi tahun ni...



Untuk mommy pula, hanya 1 wishlist yang mommy dah capai iaitu membeli ASET di atas nama sendiri. Alhamdulillah. Lain-lain proses telah selesai cuma belum dapat kunci lagi.... Tak sabar nak pegang kunci. 

Wishlist yang lain-lain tu hanya separuh saja tercapai sebab tak capai target yang di tetapkan. Antaranya adalah wishlist untuk :-

  • SAVING RM XXXXX.XX
Untuk savings, mommy hanya baru achieve 20% dari jumlah yang mommy targetkan. Okaylah kot... Kira ada achievement  la jugakkan. 

So, untuk tahun ni... mommy still letakkan target yang sama tapi kena ubah cara la kot. Cara 52 Week Saving Challenge, mommy tak boleh follow. Kurang disiplin rupanya mommy ni... 

  • VACATION to XXXXXX
Untuk vacation pula, tempat yang mommy target nak pergi tak boleh di sebabkan ada beberapa halangan seperti kesihatan dan budget. Takpelah takde rezeki nak ke tempat yang nak pergi tu... So, kita usaha lagi sehingga berjaya.

  • BODY TARGET 
Adoilah. Malu nak habaq yang wishlist adalah wishlist yang gagal. Bukan turun malah naik lagi adalah.. Cara diet yang tak kena agaknya. Moga tahun ni, mommy terus istiqomah untuk turunkan berat badan demi kesihatan yang lebih baik.

So, untuk tahun 2019 ni... Mommy just teruskan 3 wishlist yang belum mommy capaikan. Cukuplah 3 saja wishlist sebab letak wishlist banyak-banyak pun belum tentu boleh achieve. Karang sakit kepala lagi ada lahhh...  hahahaha.

Semoga tahun 2019 lebih baik dan lebih positif. Amin!


No comments:

Post a Comment