River Of Live | Sungai Klang Dah Jadi Kolam Biru Rupanya - Cahaya Hayati

6 May 2018

River Of Live | Sungai Klang Dah Jadi Kolam Biru Rupanya

River Of Live | Sungai Klang Dah Jadi Kolam Biru Rupanya. Cerita hari ini, pagi-pagi mommy dah pergi market. Beli ayam 3 ekor, sayur dan ulaman. Teringin nak makan nasi minyak dengan ayam masak serai. Sampai rumah dah pukul 10.30. Nak siang ayam, tengok ada cawan dan pinggan dua tiga biji. Mommy pun basuhlah cawan dan pinggan tu tapi ayaq dalam singki, tak turun-turun. Tersumbat sudah. pelbagai alternatif yang mommy cuba tapi masih tak boleh.. Nak nangis rasanya sebab tangan dah sakit,  ayam 3 ekor belum basuh dan belum masak lagi. Huhu... Nasib baiklah encik suami bangun akhirnya (dia shift malam), minta dia tolong buatkan. Serabut rasanya bila singki tak boleh guna. Dia pun cuba macam-macam alternatif tapi masih tak okay jugak. Akhirnya ambil paip air dan jolok saliran belakang rumah dengan paip tersebut (Untuk cara ini, pastikan air di buka sekuatnya). Alhamdulillah berjaya juga membuang benda alah yang menyebabkan singki tersumbat. Lega rasanya tapi tak berapa nak lega bila benda alah tu menyebabkan saliran belakang rumah pula tersumbat. Encik suami kata, awak buat pulak. Mommy try buat tapi tak berjaya sebab mommy guna drain snake saja. Last-last encik suami yang buat dengan seluk ke dalam saliran tu. Mommy yang tengok pun rasa geli dan baunya boleh buat mommy muntah. Serius busuk... Kena la perli sedas dengan encik suami...

" awak ni kalau berdiri dekat Sungai Klang, confirm tak makan sebulan". 

Sungai Klang, Sungai Kelang, Kolam biru, sungai biru, kolam biru Kuala Lumpur, kolam biru KL, sungai biru kuala lumpur, sungai biru kl, projek ROL, ROL, river of life, Projek sungai nadi kehidupan, terkini tentang sungai klang, wajah sungai klang terkini, apa itu projek ROL, DBKL, projek terkini sungai klang, sungai klang,
Sungai Klang lama dulu...

Hihi tapi betul ke Sungai Klang masih kotor dan busuk? Dah lama tak ke KL... So, mommy tak tahu apa cerita Sungai Klang sekarang ni. Untuk memuaskan hati mommy untuk ketahui keadaan Sungai Klang, mommy pun google lah. Senang kan sekarang, semua info hujung jari jer. 

River Of Live | Sungai Klang Dah Jadi Kolam Biru Rupanya


Sindiran encik suami telah membuka mata dan menambah info tentang Sungai Klang. Rupanya Sungai Klang telah di naik taraf melalui Project River Of Life (ROL) dan Kolam Biru. Dah cantik dan menjadi tempat tarikan pelancong rupanya. Barulah sesuai dengan status sungai di ibu negara. 

Sungai Klang, Sungai Kelang, Kolam biru, sungai biru, kolam biru Kuala Lumpur, kolam biru KL, sungai biru kuala lumpur, sungai biru kl, projek ROL, ROL, river of life, Projek sungai nadi kehidupan, terkini tentang sungai klang, wajah sungai klang terkini, apa itu projek ROL, DBKL, projek terkini sungai klang, sungai klang,
River Of Live | Sungai Klang Dah Jadi Kolam Biru Rupanya

Rupanya, Projek ROL Sungai Klang dan Sungai Gombak telah di mulakan sejak Julai 2011 lagi. Dah lama rupanya dan sudah 80% siap... Projek ini di jangka siap sepenhnya pada tahun 2020 tetapi ia terlalu lama. Jadi sebagai alternatifnya, idea menjadikan ia Sungai Biru telah di buat agar ia menjadi tarikan pelancong. Yang menariknya Sungai Biru ini, akan bertukar warna biru pada waktu malam bersama kesan kabus menjadikan kawasan ini cukup menarik sekali.

Sungai Klang, Sungai Kelang, Kolam biru, sungai biru, kolam biru Kuala Lumpur, kolam biru KL, sungai biru kuala lumpur, sungai biru kl, projek ROL, ROL, river of life, Projek sungai nadi kehidupan, terkini tentang sungai klang, wajah sungai klang terkini, apa itu projek ROL, DBKL, projek terkini sungai klang, sungai klang,
Kolam Biru di kenali juga sebagai sungai biru

Hasil carian google juga menyebabkan mommy tahu apa itu Project River Of Live? Project River Of Live adalah projek yang terbahagi kepada tiga fasa, iaitu pembersihan sungai, pengindahan sungai dan pengkomersialan serta pelancongan. 

Projek ROL ini adalah di bawah Program Transformasi Ekonomi bagi Greater Kuala Lumpur. Ia menyasarkan untuk mentransformasikan 8 batang sungai yang terletak dalam kawasan Lembah Kelang, Kuala Lumpur

Kenapa sungai? Sepertimana yang kita ketahui, air adalah nadi kehidupan dan sumber utama air adalah dari sungai. Jadi projek ROL adalah satu usaha  murni oleh kerajaan untuk mewarisi sungai cantik dan indah kepada pewaris-pewaris negara yang akan datang. Ia harus di sokong sepenuhnya walaupun menelan belanja yang besar.

Sungai Klang, Sungai Kelang, Kolam biru, sungai biru, kolam biru Kuala Lumpur, kolam biru KL, sungai biru kuala lumpur, sungai biru kl, projek ROL, ROL, river of life, Projek sungai nadi kehidupan, terkini tentang sungai klang, wajah sungai klang terkini, apa itu projek ROL, DBKL, projek terkini sungai klang, sungai klang,
Project River Of Live

Selain dari pembersihan sungai, pengindahan sungai dan pengkomersialan serta pelancongan, di bawah projek ROL juga terdapat projek untuk memulihara bangunan-bangunan warisan negara dengan menaiktaraf struktur sedia ada dan meningkatkan kemudahan rakyat ke kawasan di sekelilingnya terutamanya di Presint 7

Kawasan-kawasan yang di indahkan di Presint 7 adalah :

  • Gereja Besar St Mary dan Count Dowm Clock
  • Masjid Jamek dan Panggung Bandaraya
  • HSBC dan Leboh Pasar Besar
  • Bangunan Sultan Abdul Samad
  • Pasar Seni dan Daya Bumi
  • LRT Pasar Seni

Banyak projek rupanya di bawah Projek ROL. Jadi sebagai sokongan kepada usaha ini, menjadi tanggungjawab kita untuk sama-sama menjaga kebersihan sungai dengan membuang mentaliti yang sungai adalah tempat membuang sampah dan sama-sama untuk jaga keindahan dan pemuliharaan yang telah di buat oleh kerajaan kita.

Sungai Klang, Sungai Kelang, Kolam biru, sungai biru, kolam biru Kuala Lumpur, kolam biru KL, sungai biru kuala lumpur, sungai biru kl, projek ROL, ROL, river of life, Projek sungai nadi kehidupan, terkini tentang sungai klang, wajah sungai klang terkini, apa itu projek ROL, DBKL, projek terkini sungai klang, sungai klang,
Cantiknya sungai klang pada waktu malam

Bila dah tahu Sungai Klang dah jadi Kolam Biru, mommy rasa tak sabar nak ke KL. Nak tengok dan nikmati suasana malam di Sungai Klang yang telah di transformasi melalui Projek ROL. 

Jom korang, kita ke Kolam Biru !



9 comments:

  1. cantik sekarang ni, sungai dibandar lagi menarik waktu malam sebab ada neon yang sedap mata memandang.

    ReplyDelete
  2. cintai sungai kita :))

    ReplyDelete
  3. Indahnya tak terkata.. Bagaikan di luar negara... Hebat KL :)

    ReplyDelete
  4. cintai sungai kita....

    ReplyDelete
  5. Wow, dah cantik macam ni sekali ! Lama kot CN tak pergi ke sini

    ReplyDelete
  6. cantik dah sekarang bagus inisiatif ni

    ReplyDelete
  7. dulu x seindah rupa..skrg masyallah cantik sungguh

    ReplyDelete
  8. Nak pergi juga tapi mungkin bukan sekarang lagi la

    ReplyDelete