10 Tips Ajar Anak Berpuasa Kali Pertama - Cahaya Hayati

3 May 2018

10 Tips Ajar Anak Berpuasa Kali Pertama

10 Tips Ajar Anak Berpuasa Kali Pertama. Lagi 17 hari Ramadhan akan menjelma dan semua umat islam akan berpuasa. Indahnya detik berbuka dan bersahur bersama-sama keluarga. Bila puasa semakin dekat, teringat detik-detik masa mula-mula mengajar kakak Aisya dan Abang Ammar berpuasa. Tak paksa cuma mommy mengajar mereka agar berpuasa dan merasai keseronokan berpuasa di bulan Ramadan. Bukan senang tau ada cabarannya. Yang paling tak larat ialah nak jawab dah cukup waktu atau belum.. Di tanya pula setiap 5 minit. hihi... So, di sini  mommy kongsikan tips yang mommy amalkan ketika mengajar mereka berpuasa. Mungkin korang juga boleh cuba...

10 Tips Ajar Anak Berpuasa Kali Pertama


# 1 - Mulakan Perlahan-Lahan Dan Berperingkat


Yang ini yang paling penting sebab kena tengok umur masa ajar anak tu berpuasa. Kalau umur anak baru 4 tahun, kau dah suruh puasa penuh memang kau bangang lah. Mungkin ada tapi pada peringkat  umur ini anak tu belum mengerti erti sepenuhnya berpuasa.  Ajar berperingkat. 

Macam mommy, mommy ajar mereka sahur ketika umur 5 tahun. Sahur pukul 7 sebelum ke tadika. Pada minggu pertama tu, anak-anak berbuka pada pukul 1 tengahari. Masuk minggu kedua, pada pukul 3 petang dan  minggu ketika serta keempat pada jam 5 petang. Sahur tetap maintain pukul 7 pagi. 

Itu ketika umur 5 tahun. Masuk saja umur 6 tahun, mereka dah boleh berpuasa penuh walaupun pada minggu pertama sampai jam 5 atau 6 petang. Masa ni memang main banyak psikologi. Minta dia tahan, sabar dan rasai apa yang di rasai oleh negara-negara yang di landa konflik serta tiada makanan. 

Kalau anak-anak dah tak tahan, mommy izinkan saja mereka berbuka awal tapi kena berjanji untuk berpuasa penuh pada keesokkannya. Alhamdulillah menjadi. 


# 2 - Sahur Itu Penting


Seperti yang mommy inform dalam ayat di atas, sahur anak-anak mommy adalah pada pukul 7 sebab nak melatih mereka untuk berpuasa dulu pada kali pertama. Tapi bila umur 6 tahun, mommy dah mula kejutkan mereka setengah jam sebelum imsak. Alhamdulillah mereka mudah bangun, cuma kuantiti makanan tu sikit. 

Kenapa kejut 30 minit sebelum imsak kerana selepas makan, mereka akan terus gosok gigi mandi, solat dan bersiap untuk ke tadika. Masa ni office mommy kena masuk awal dan balik awal sepanjang ramadan. So, anak-anak pun awal jugak. 

Sahur lambat ni mommy amalkan sehingga sekarang. Takde istilah tidur balik selepas sahur kecuali hari cuti sekolah. 


# 3 - Beri Pujian


Apabila anak berjaya berpuasa tak kiralah separuh hari atau penuh, berilah pujian. Cakap dia pandai , kuat dan lain-lain lagi sebab boleh berpuasa. Cara ini adalah untuk menaikkan motivasi anak-anak supaya akan berpuasa lagi pada keesokkan hari. 


# 4 - Rewards


Selain dari beri pujian, mommy dan daddy akan beri rewards tapi bukan dari segi duit. Masa pertama kali belajar berpuasa, rewards kami mudah saja bawa ke masjid untuk berterawih ataupun ke pasar ramadan untuk membeli makanan kesukaan mereka. 

Itu saja rewards yang mommy dan daddy bagi kepada anak-anak. 


# 5 - Masak / Beli Makanan Kegemaran


Untuk menggalakkan mereka berpuasa, mommy akan masak makanan kegemaran mereka ketika sahur. Ini adalah untuk menggalakkan mereka makan ketika sahur. Tak susah pun menu anak-anak. Semua ibu-ibu dan ayah boleh buat. 


# 6 - Pilih Permainan Yang Santai (In Door Games)


Anak-anak ni bila bermain depa tak ingat pun nak letih, lapar dan dahaga. Bila habis main saja terus lapar, dahaga dan letih. Jadi pada bulan ramadan lebih baik kita ajar anak-anak untuk bermain permainan in door ataupun mainan yang santai, yang tak banyak bergerak atau mengeluarkan peluh.

10 Tips Ajar Anak Berpuasa Kali Pertama, Tips Ajar Anak Berpuasa Kali Pertama, apa perlu buat ketika ajar anak puasa kali pertama, ajar anak berpuasa kali pertama, cara ajar anak mula berpuasa, puasa kali pertama, bagaimana ajar anak berpuasa pertama kali,
Tips Ajar Anak Berpuasa Kali Pertama


Antara permainan santai yang di sukai oleh anak-anak adalah lego, bermain saidina, dam aji, dam ular. Selain permainan kita juga boleh mengajak anak-anak untuk melukis ataupun mewarna. Pasti seronok dan tak sedar masa sudah berlalu.


#7 - Sembunyi Makanan


Mommy rasa tips ni semua ibu-ibu buat. Semuanya di sembunyikan dalam kabinet atas dan tak boleh di capai oleh anak-anak. Malah dalam peti sejuk pun hanya ada bahan yang belum masak saja. Tips ini sangat berkesan.


# 8 - Minum Banyak Air Kosong


Menyuruh anak-anak minum banyak air kosong ni kadang-kadang menduga kesabaran. Mommy selalu bekalkan air kosong ketika pergi terawih. Jadi pada malam pertama lagi dah ajar mereka minum air kosong untuk mula berpuasa keesokkannya.


# 9 - Banyakkan Aktiviti


Selain dari main-mainan in door atau yang santai, ibu bapa perlu banyakkan aktiviti bersama anak-anak untuk mempercepatkan masa yang di rasai oleh anak-anak. Selain dari memepercepatkan masa, ia juga adalah taktik untuk anak-anak tidur awal.

Sekarang mommy dah tak perlu buat aktiviti sebab jadual sekolah, kafa dan kelas mengaji Al-Quran pun dah padat untuk aktiviti harian mereka. Bila balik saja dari mengaji, mommy akan suruh mereka rehat dan tonton tv saja.


# 10 - Kepimpinan Melalui Teladan


Antara tips yang paling berkesan untuk melatih anak-anak berpuasa adalah dengan kepimpinan melalui teladan. Anak-anak akan susah berpuasa apabila ada ahli keluarga yang tidak berpuasa. Jika mereka berpuasa, mereka akan bertanya kepada xxx boleh tidak berpuasa dan kenapa dia kena berpuasa? Kalau situasi seperti ini, memang serabut dan susah nak explain kepada anak-anak.

Mommy sendiri, kalau tidak berpuasa di sebabkan Allah beri cuti (ABC) memang momy tidak akan makan depan anak-anak. Bila mereka dah besar, bersekolah dan faham makna ABC barulah mommy minum depan mereka jika keadaan memaksa. Kalau boleh sembunyi, memang mommy akan sembunyikan. 

No comments:

Post a Comment