Fahami Sebab Kenapa Isteri Mahu Bercerai - Cahaya Hayati

19 May 2018

Fahami Sebab Kenapa Isteri Mahu Bercerai

Fahami Sebab Kenapa Isteri Mahu Bercerai. Salam 3 Ramadan. Selamat berpuasa dan melakukan ibadah sunat yang lain. Minggu lepas sibuk dengan audit, lepas tu sambung cuti seminggu (tq Tun M). Masuk balik selasa lepas, bamnyaknya kerja nak kena buat. Buat dulu kerja hakiki, hari ni baru sempat nak update.. Ini pun ada 3 bakul baju untuk di iron. Hihi. Jap lagi mommy buat sebab sekarang mommy tengah ada idea untuk buat entry. So kita up dulu entry Fahami Kenapa Isteri Mahu Bercerai. 

Fahami Sebab Kenapa Isteri Mahu Bercerai


Tajuk ini mommy pilih selepas ter'membawang' pasal rumahtangga si x. Isterinya mohon cerai. Gulpp! Tidak ada angin, tak ada ribut tapi rupanya bermasalah. Pandai depa jaga masalah dan tak buka aib masing. Cuma yang tak best bila masa sesi membawang ni, rata-rata menyalahkan si isteri. Mommy just dengar sebab tak kenal sangat. Dengar just nak ambil iktibar. Moga tak berlaku dan dapat di elakkan. 

Fahami Sebab Kenapa Isteri Mahu Bercerai

Tapi tahukah korang wahai lelaki, wanita bila dia kata NAK CERAI bermakna dia dah buat keputusan yang paling nekad dan bulat. Dah tak nak berpaling kebelakang, dah tak nak fikir apa yang orang akan kata. 

Sesungguhnya keputusan itu adalah keputusan yang paling sukar dan bukan sengaja wanita berubah.  Di sini mommy nyatakan pendapat mommy yang menyebabkan wanita berubah dan sekaligus mohon cerai:- 

Sebab-Sebab Isteri Mahu Bercerai


1.  Suami Tidak Bertanggungjawab


Seorang isteri berharap pasangan yang di kahwininya sama ada di pilih sendiri atau pilihan keluarga adalah seorang yang bertanggungjawab, boleh menjadi imam kepada isteri dan anak-anak, boleh membimbing isteri dan anak-anak serta memenuhi impian isteri. Kadang-kadang impian seorang isteri tak besar pun, just nak ada keluarga yang bahagia. 

Tapi bila suami tak menjalankan tanggungjawabnya sepertimana yang di syariat dalam islam menyebabkan isteri menjadi isteri mencari jalan keluar dengan berubah atau mohon cerai. 


2. Suami Terlalu Ego


Ego. Ya semua orang ada egonya yang tersendiri. Bezanya cuma ego tu boleh di kawal atau tidak. Yang tak boleh di kawal adalah ego yang tinggi melangit. Bila si suami punya ego yang tinggi melangit, salah sendiri pun dah tak nampak. Dah tak nak mengaku salah sendiri malah tak pernah mohon maaf kepada isteri. Ini menyebabkan isteri tertekan dan mencari jalan keluar dengan bercerai. 


3. Tidak Mahu Berbincang dan Bertolak Ansur.


Sikap yang paling isteri tak suka iaitu tak mahu berbincang dan bertolak ansur. Isteri tak boleh bersuara langsung dalam apa jua perkara. Contohnya, apa yang di katakan oleh pasangan tidak pernah di turuti. Semuanya kena ikut kata suami. Kalau A kata suami, A lah isteri kena buat. 

Dah macam takdak life dan keinginan si isteri ni kan. Bercerai atau tiada kaitan dengan suami adalah jalan keluar untuk penuhi keinginan dan impian si isteri.

4.  Lebihkan Hobi, Aktiviti Luar Dan Kawan-Kawan


Walaupun bukan sebab utama yang menyebabkan penceraian tapi sikap inilah yang menyebabkan isteri rasa tidak di pedulikan, keseorangan dan boleh buat semua perkara sendiri. Jadi, buat apa ada suami kan?

5. Campur Tangan Keluarga


Bukan semua perkara boleh di ceritakan kepada keluarga. Ada perkara yang suami atau isteri saja yang tahu agar keluarga tidak campur tangan. Kadang-kadang tu bukan salah isteri atau suami tapi campur tangan keluarga. U kena buat macam ni, u kena buat macam tu.. Yang ni tak sesuai, yang ni sesuai dan bermacam-macam lagi. Nampak remeh tapi ia adalah antara penyebab penceraian yang paling tinggi berlaku di Malaysia. 

6. Faktor Kewangan


Tak di nafikan segelintir isteri mohon cerai di sebabkan faktor kewangan. Yelah, zaman sekarang zaman duit. Perlukan duit untuk semua perkara. 

Isteri bukanlah tak mahu bantu suami tapi apabila bertahun-tahun masih tak berubah, berada di takuk lama ataupun si suami seorang yang lepas tangan serta serahkan semua bil dan perbelanjaan kepada isteri.  Ini yang menyebabkan isteri makan hati dan bercerai adalah jalan terbaik.

Baik bercerai dan tanggung diri sendiri saja dari tanggung suami yang jenis lepas tangan..

7. Suami Malas


Bila dah sama-sama kerja, sama-samalah buat kerja rumah, jaga anak. Tapi ada segelintir yang masih dengan fikiran kolot, yang kerja rumah adalah tugas isteri bukannya suami. Semuanya di serahkan kepada isteri. Korang ingat isteri ni robot ke? Tak reti penat. Penat tahu tak? Sebab itulah isteri mudah marah, berleter dan akhirnya anak-anak menjadi mangsa amarah. 

8. Suami Curang


Dah kantoi curang, buat apa tunggu dan beri peluang lagi. Dah si suami nak yang yang lain.. Tak perlu nangis, tak perlu meraung dan juga tak perlu fikir lagi... Isteri pergilah dari hidup suami curang dan cari kebahagian lain. 

9. Tiada Persefahaman


Dulu masa bercinta, dilayan bak puteri, di manja dan sekali sekala mendapat kejutan dan hadiah. Romantiknya.

Tapi semua tu tak berlanjutan apabila masuk alam perkahwinan. Dari seawal perkahwinan dan berlanjutan ke beberapa tahun, berlaku perselisihan faham sehingga tiada persefahaman lagi. Inilah punca berlakunya penceraian paling tinggi. Masing2 tidak mahu mengalah dan berubah untuk baiki hubungan. Maka terjadilah penceraian. 

10. Enggan Di Madukan

Isteri mana mahu di madukan. Mungkin satu dalam 100 orang wanita. 

Inilah 10 sebab utama kenapa seorang isteri mahu bercerai. Mungkin korang ada ada alasan tersendiri tapi semua alasan yang mommy nyatakan adalah melalui bahan bacaan, sesi membawang dan juga melalui pemerhatian dari pengalaman rakan2 terdekat. 

3 comments:

  1. sha sebagai orang yang belum berkahwin rasa takut kadang kadang nak kahwin huhu

    ReplyDelete
  2. Hidup berumahtangga ni perlu saling memahami, bertolak ansur dan menghargai satu sama lain dan menerima kebaikan dan keburukan tapi kena la berubah dri perangai buruk ke baik kan..kalau perkahwinan tu rahsia Allah begitu juga perceraian kan..wallahuallam

    ReplyDelete
  3. semoga semua hubungan sentiasa terpelihara dari unsur yang tidak2.. amin..

    ReplyDelete