Perjuangan Terakhir adalah nukilan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Mungkin ini luahan hati dan permintaan Tun setelah memenangi PRU 14 baru-baru ini di usia 93 tahun. Mungkin juga permintaan terakhir Tun Dr. Mahathir. Bila baca Perjuangan Terakhir ini, rasa tersentuh hati ini. Ya Allah, aku hanya berjuang untuk diri, keluarga dan juga saudara terdekat. Betapa kerdilnya diri ini. Tercuit juga hati ini apabila dalam nukilan itu, Tun minta kita tidak mengagung-agungkan namanya, jangan tulis tentang beliau dan anggap apa yang di perjuangkan itu adalah jariahnya.
Mommy tak pandai nak ulas panjang-panjang... Jom sama-sama kita hayati bait-bait kata yang di nukilkan oleh Tun Dr. Mahathir. Moga bait-bait ini memotivasikan dan menyedarkan kita dari lena yang panjang. Moga kita terus istiqomah dalam berjuang dan mengejar impian dunia akhirat kita.
Perjuangan Terakhir |
Perjuangan Terakhir
Oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad
Aku sudah di penghujung nyawaku
Aku hanya mahu menghabiskan sisa-sisa hidupku dengan bersimpuh dan bersujud pada Yang Esa
Namun
Bagaimana aku bisa khusyuk dalam khalwatku
Kerana tika aku pejamkan mata
Aku melihat anak bangsaku dikotak-katikkan
Aku nampak hak generasi mudaku dirobek-robek
Dek tangan-tangan rakus yang berqiblatkan syaitan
Aku tahu
Aku perlu berbuat sesuatu
Aku bukan orangnya untuk diam berpeluk tubuh
Memerhatikan segala macam kemungkaran
Segala macam salah laku
Dan segala macam noda
Yang dibuat tanpa sebarang rasa berdosa
Ya Allah Ya Tuhanku
Kini ku tahu kenapa Kau Memanjangkan nyawaku
Dengan sifat Rahman dan RahimMU
Pada usia 93 tahun masih boleh berdiri gagah
Masih dikurniakan kesihatan yang baik
Masih berfikiran waras
Dan masih bersemangat waja
Dalam menghadapi perjuangan terakhirku
Syukur Alhamdulillah
Dengan izinMu aku telah berjaya
Mempertahankan yang Haq
Menundukkan yang Bathil
Mudah-mudahan selepas ini aku dapat memejamkan mataku dengan tenang
Semoga rohku dapat bertemu Penciptanya dengan aman
Cuma satu pintaku
Setelah aku pejam mata
Jangan diperbesar-besarkan namaku
Jangan nukilkan apa-apa tentangku
Anggaplah segala-galanya jariahku
Sebagai bekalanku di akhirat kelak
Andai sudi, tika itu cuma hadiahkanlah Al-Fatihah untukku
Moga menjadi pendinding menghadapi Munkar dan Nakir
Moga jadi bekal bersoal-jawab di Mahsyar
Moga jadi modal bertemu Yang Khaliq
Amin Ya-Rabbal'alamin
Sedihkan baca tapi tu la semangat yg dia ada utk perbaiki segala2 buat anak bangsa sebelum dia menutup mata..tengok kat dia pun rasa kesian sbb waktu ni dia patut lebih byk berehat kan.semoga Tun M sihat selalu begitu juga utk Tun Hasmah
ReplyDeleteDalam.usia begitu dia gigih jalankan tugas dia.
ReplyDeleteSaya sendiri belum.jelas lagi apa role saya dalam dunia niðŸ˜
sedih baca semoga perjuangan tun dipermudahkan
ReplyDeletemendalamnya maksud syukur dengan usia yang di pinjam kan ketika ini
ReplyDeletesemoga Tun sentiasa sihat dan kembali memulihkab negara. insyallah ramai rakyat Malaysia berada bersama dengan Tun..
ReplyDelete