Positif 2018. Tajuk bukan main lagi. kihkih... Bila umur semakin meningkat ni, kesihatan kita kena jaga elok-elok. Takut penyakit yang susah nak hilang melekat dan bila dah melekat kena pantang banyak benda. Jadinya pada tahun 2018 ni target nak kurus untuk sihat. Kurus tu bermakna kandungan gula dan kolesterol dalam badan terkawal, tekanan darah tinggi pun di paras normal.. Kalau boleh tak mahu la terkena sebab pengalaman dari arwah mak dulu yang mengidap darah tinggi dan paras kolesterol tinggi sangat menakutkan. Tambah-tambah lagi part kena makan berjenis-jenis ubat. Boleh pitam mommy kalau kena makan ubat sebanyak tu... huhu
Iktibar dari itu, mommy pun berazam untuk memperolehi tahap kesihatan yang terbaik. Sebagai langkah permulaan adalah dengan melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh, membakar lemak dan meningkatkan tahap stamina.
Sebagai permulaan kami sekeluarga memanjat Bukit Tokun atau Bukit Mertajam. Dah lama rancang tapi minggu lepas baru dapat laksanakan. hihi... Kiranya kali pertama memanjat bukit ni. Mommy pun dah 15 tahun tinggal aktiviti panjat bukit, masuk hutan dan lain-lain yang seangkatan dengannya.
Last mommy masuk hutan adalah masa belajar dulu iaitu panjat Gunung Senyum yang terletak di Jengka, Pahang. Serik masuk hutan Gunung Senyum sebab pacat dia banyak dan besar-besar. Geli giler... Nasib baik bff yang tolong buangkan. Serik!
Gerak dari rumah seawal jam 8.30 pagi. Lambat dah sebenarnya tapi menunggu masing-masing bersiap plus pakej breakfast lagi, punyalah lama. Ingat nak cancel dah... Nasib baik jadi juga.
Bekalan kami masa memanjat adalah air botol sorang satu.
Masa plan tu, kawan encik suami suruh naik ikut jalan tar. Dia kata kali pertama naik ikut jalan tar dulu. Nasib kami tak berapa baik hari tu, jalan tersebut di tutup kerana ada pokok tumbang dan lain-lain masalah yang boleh mengundang bahaya kepada pengunjung.
So, kami pun naik ikut track hiking... Mula-mula okay sebab sebab jalan nak masuk tu di turap dengan simen. Dah sampai di papan tanda tu dah jalan hutan. Track dia kecil saja.. Plus licin sikit sebab malam tu hujan.
Yang paling eksaited adalah si kakak dan si kecik tu. Stamina depa dua tinggi... Asyik dok cakap kita naik lagi.. lagi. Depa tak tau yang mommy depa dah semput. kihkih
Masa nak naik lagi lawak sebab abang tanya ' kenapa kita tak naik tahun depan ja?' Korang nak tahu tak apa mommy jawab? Mommy jawab 'Kalau tahun depan awak lagi tak larat nak naik.' Berat dia sekarang dah 50kg uolls. Tak padan dengan umur dia baru nak masuk sembilan tahun. Aktiviti memanjat bukit ini adalah untuk abang Ammar lebih aktif dan sihat.
Panjat punya panjat dan dua kali take 5, mommy ajak turun.. Tak larat dah dan rasa nak pitam. Giler betul dan stamina takdak langsung.. Baru pertengahan jalan dah berhenti. Hahaha. Masa panjat ni, kagum betul dengan uncle aunties chinese yang naik sampai atas. Siap senyum dan tegur serta bagi semangat lagi kat kitaorang. Thanks you uncle aunties...
Dah selamat turun, terus terpa ke gerai yang menjual buah-buahan di situ. Siap beli sorang sepotong.... Dalam kereta encik suami kata next week kita mai lagi. Tapi camna nak pi sebab abang Ammar ada latihan tekwondo setiap pagi sabtu. huhu.
Share google maps untuk ke sana, Kot kot ada yang tak tahu jalan nak ke sana...
Semoga terus istiqamah dalam menjaga kesihatan. Baik untuk diri dan juga keluarga
ReplyDeleteYa.. positive itu penting
ReplyDeleteAah positivity tu penting dlm setiap aspek kehidupan. Org kata makin hari mesti la kita makin nak improvce diri kita. Emi pun dari last year cuba nak amalkan gaya hidup & pemikiran yg positive
ReplyDeleteItu lah kak.. Kesihatan kena jaga.. Oh ya gunung senyum dkt dgn tempat zaza.. Lama dah tak pergi.. Tapi tak pernah masuk pun.. Tgk dari jauh je..
ReplyDeleteWahh..bagus semangat akk..positive vibes..
ReplyDeleteMendaki adalah salah satu activities saya suka, kuatkan stamina.
ReplyDeleteHopefully istiqamah utk jaga kesihatan. Sy ni azam nak gi gym x tertunai lg hah
ReplyDeleteSemoga terus positif
ReplyDeleteBagus pergi hiking ni..lagi2 dengan keluarga
ReplyDeleteWah.. bestnyaa.. sy suka aktiviti mcm ni. Mncabar. Kekuatan.mntal fizikal pun tercabar.
ReplyDeleteCik en lama x hiking.. kena amalkan balik ni
ReplyDeleteMemang positive dgn family o
ReplyDeleteWah. Semangat Ni
ReplyDelete