Menangi Percutian Percuma Sempena Chinese New Year. Hi korang... Tak lama lagi Chinese New Year akan tiba. Seronoknya cuti lagi... hikhik. Tapi tahun ni company mommy tak tawarkan cuti panjang kerana Chinese New Year tahun ini jatuh pada hari jumaat dan sabtu... Kalau tahun lepas, kami di beri cuti panjang di mana satu atau dua hari akan di tolak annual leave. Jadi boleh la bawak famili jalan-jalan. Walaupun tahun ni cuti tidak sepanjang tahun lepas, tapi mommy sekeluarga tetap akan pergi bercuti. Of course agen percutian kami adalah Traveloka. Dengan hanya klik-klik segala sudah di tempah dan tinggal nak bawa diri ke tempat tersebut.
Oh yer, dalam entry ni.... Mommy nak beritahu kat hangpa semua yang sempena Chinese New Year ni, Traveloka telah anjurkan Traveloka Fly & Win CNY Contest. Teruja tak? Tapi sebelum tu, mommy nak korang baca sebab kenapa perlu pergi bercuti...
Sebab Mengapa Kita Perlu Pergi Bercuti
Bila bekerluarga sendiri, mommy mempunyai sebab tersendiri mengapa perlu bercuti dua atau tiga kali setahun.. Psst bergantung kepada budget juga. So, disini mommy kongsikan dengan korang kenapa mommy perlu pergi bercuti. Baca tau!
1. Kurangkan Tekanan
Bebanan kerja dan aktiviti rutin seharian boleh menyebabkan kita menjadi tertekan. Jadi bercuti boleh memberi prluang kepada kita untuk berehat dan melepaskan tekanan. Bukan nak kata pergi bercuti tu takde tekanan langsung... Ada tetapi tekanan yang hadapi dalam tempoh percutian adalah bersifat positif dan sementara berbanding tekanan bekerja dan aktiviti harian.
2. A Necessary Escape
Bercuti umpama pelarian sementara atau yang di perlukan. Ia adalah terapi untuk kita mengubah diri, mengubah minda, mengubah aktiviti harian dan juga untuk menjadi lebih positif. Ini kerana dalam tempoh pelarian ini kita tidak menjadi diri kita sendiri. Sepanjang percutian kita berusaha untuk menikmati percutian tersebut dan percutian kita adalah percutian yang penuh aktiviti. Jadi apabila balik dari bercuti, perasaan yang wujud dalam diri kita adalah lebih baik, lebih aktif dan lebih positif.
3. Learning and Education
Bagi mommy, bercuti juga sebagai proses learning and education. Bagaimana? Seperti yang kita tahu, sekiranya kita mahu pergi ke tempat yang bahasa pertuturannya adalah bahasa asing, kita akan berusaha untuk belajar bahasa asing tersebut. Mungkin yang simple, walaupun sekadar ucapan selamat dan terima kasih. Dan apabila kita telah berada di negara tersebut, kita akan cuba untuk belajar dan memahami budaya rakyat negara tersebut. Itulah sebab mengapa bercuti adalah satu proses learning and education.
4. Keluar dari Zon Selesa
Bagi mommy bercuti juga adalah untuk keluar dari zon selesa. Ini kerana untuk pergi bercuti kita perlu mengumpul atau memperolehi sejumlah wang. Lagi jauh kita hendak pergi, lagi banyak wang yang di perlukan dan lagi banyak usaha yang akan di lakukan. Jadi, proses pengumpulan wang tadi dikatakan sebagai keluar dari zon selesa.
Di sebabkan usaha yang di lakukan untuk pergi bercuti, ia menjadi satu rutin untuk mengubah hidup kita ke arah yang lebih baik dan berjaya.
5. Kembalikan Semangat Bekerja
Selalunya selepas kembali dari bercuti, kita akan lebih bersemangat untuk bekerja keras. Ia seolah-olah kita mendapat suntikan semangat baru ketika bercuti.
Yang mana sekarang rasa kurang bersemangat walaupun masih awal tahun, korang patut ambil peluang ketika cuti Chinese New Year ini untuk percutian pendek atau short escape.
Yang mana sekarang rasa kurang bersemangat walaupun masih awal tahun, korang patut ambil peluang ketika cuti Chinese New Year ini untuk percutian pendek atau short escape.
6. Cabaran
Percutian juga merupakan satu cabaran di mana kita berusaha mencabar diri kita untuk pergi ke tempat yang tak pernah kita jejaki. Hanya bergantung kepada travel agency ataupun info-info yang diperolehi dari internet dan juga buku-buku berkaitan tempat percutian tersebut.Paling salute kepada backpackers traveller. Mereka memang menikmati percutian yang penuh cabaran.. Cabaran untuk sampai ke tempat yang di tuju dengan hanya menaiki kenderaan awam. Mereka enjoy percutian dengan cara sendiri dan penuh cabaran.
Mommy juga berharap suatu hari, bila anak-anak dah besar... Mommy boleh aturkan percutian secara backpacker. Of course Traveloka masih lagi menjadi partner untuk tempah penginapan dan transport.
7. Sharpens Your Mind
Bercuti juga menajamkan minda. Inu kerana untuk pergi ke tempat yang taj pernah sampai lagi, kita akan berusaha untuk mengumpul maklumat, membuat itinerary dan juga kos atau perbelanjaan yang di perlukan ketika bercuti.
Kalau tak pergi bercuti, ada kita nak buat semua tu? Confirm taklah kan.. Setakat belanja harian dan bulanan yang wajib di belanjakan.
Kalau tak pergi bercuti, ada kita nak buat semua tu? Confirm taklah kan.. Setakat belanja harian dan bulanan yang wajib di belanjakan.
8. Menghargai Rumah
Bercuti juga menjadikan kita seorang yang lebih menghargai rumah. Ini kerana apabila jauh dari rumah kita akan merasa rindu kepada rumah kita. Home Sweet Home tak kiralah selesa macammana pun hotel yang kita inap. Tak kiralah tempat yang kita pergi itu cantik, mewah dan juga moden. Rindu tetap rindu yang akan membuatkan kita lebih menghargai rumah
9. Mencipta Memori
Bercuti juga mencipta memori dalam ingatan kita. Ada yang sweet sampai bersemut, ada yang lucu dan ada juga kenangan yang sedih dan tak boleh di lupakan.
10. Mengeratkan Hubungan
Mommy suka percuti kerana ia dapat mengeratkan perhubungan di antara ahli keluarga. Ketika bercuti di tempat asing kita saling menjaga dan bergantung di antara satu sama lain. Semua itu dapat mengerat hubungan.Itu saja sebab kenapa mommy suka bercuti. Korang pula kenapa suka bercuti? Sharelah.
Oh yer sempena Chinese New Year 2018, Traveloka ada anjurkan contest. Mommy rasa korang pun patut join... Kalau rezeki korang boleh menang dan pergi bercuti secara percuma. Info lanjut di bawah ya...
Traveloka Fly & Win CNY Contest
Traveloka CNY 2018 contest ini adalah sebuah mini games di mana peserta perlu mengumpul angpau sebanyak mungkin dengan memandu kapal terbang dan melepasi halangan yang ada.. Traveloka Fly & Win CNY terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas kecuali pekerja dan family members Traveloka. Contest ini berlangsung dari 22 Januari sehingga 28 Januari 2018.
CNY 2018 Contest |
CNY 2018 Contest ini ada dua peringkat di mana peringkat pertama adalah peringkat qualify dan peringkat akhir. Setiap peringkat ini ada syarat tersendiri di mana korang boleh baca dalam Term & Conditions CNY 2018 Contest. Senang ja tau... Nak menang confirm boleh buat semua Term & Condition yang telah di tetapkan oleh Traveloka. Amacam boleh menang tak?
Hadiah dia menarik tau! Ini pasti buat korang lagi teruja... Tiga hadiah utama untuk yang menang mini games di mana hadiah-hadiah tersebut adalah :-
- 6D5N Seoul
- 5D4N Phuket'
- 4D3N Langkawi
Yang bestnya hadiah percutian ini merangkumi tiket pernerbangan pergi balik dan penginapan. Selain dari hadiah menang Mini Games, ada juga hadiah untuk peserta yang kongsi ke FB dimana peserta berpeluang untuk menang voucher RM 1000 dari Traveloka. So, semua orang berpeluang untuk menang... So, jom join ramai-ramai.
Ada contest dah join harap ada rezeki nanti.. Memang nak pergi bercuti kena rancang betul2 kan..
ReplyDeletekene try ni..mane tau rezeki kan
ReplyDeleteSebab kenapa perlu bercuti tu, macam kalau takde sebab pun nak pergi bercuti jugak je. Haha. Emi ni kejap2 rasa nk pergi bercuti. Tapi hakikat kerja makan gaji, annual leave tak banyak sgt. So biasanya just weekend getaway jela
ReplyDeleteMenarik..kalau cuti g cameron book guna traveloka leh x kak?
ReplyDeleteBetul tu, bercuti boleh hilangkan stress. Lepas bercuti rasa seronok keje
ReplyDeleteWow bestnya kalau dapat menang percutian daripada traveloka ni. Bercuti kat mana-mana pun okay jugak kan asalkan dapat release stres
ReplyDeleteCik en dh sbln x bercuti ni.. boleh la time raya cina ni
ReplyDeleteWow.. bestnyaaa bercuti. Teringin nak berjalan ke langkawi. Belum berkesempatan lagi.
ReplyDeletemenarik hadiah nih
ReplyDeleteMama setuju. Bercuti.boleh kembalikan.semanhay uh hilang
ReplyDelete