Jalan Jalan Cari Makan Di Ban Pecah, Tanjung Piandang. Dah lama entry ni dok dalam draf. Hari baru sempat nak karang... Ini kali kedua CH ke Ban Pecah, Tanjung Piandang. Masa kali pertama dulu, jalan persisir pantai Ban Pecah masih belum di turap dengan jalan tar. Baru-baru ni pergi, jalan tersebut dah berturap. Baru best sebab dah tak berdebu bila kereta atau motor lalu.
Ban Pecah ni port kaki pancing sebab masa CH lalu tempohari, ramai pemancing sedang pancing... Nampak meriah tambah-tambah lagi yang memancing dengan family. Siap berkelah lagi...
![]() |
Jalan Jalan Cari Makan Di Ban Pecah, Tanjung Piandang |
Sebelum sampai ke Ban Pecah, kami sempat singgah ke Tanjung Piandang untuk membeli pelbagai jenis hasil laut yang segar. Rupanya peniaga di situ sediakan ais untuk pembeli yang datang jauh. Kita cuma sediakan bekas saja... Jadi ikan, udang dan sotong yang di beli kekal segar....
Di Ban Pecah kami singgah di kedai Lan Ban Pecah untuk menjamu selera. Kedai kecil atau kedai kampung saja dan menu yang ada pun dua tiga menu saja... Saja singgah sebab nak tengok sunset di situ. Lagipun belakang kedai Lan Ban pecah ni terdapat surau. Lepas tengok sunset boleh ke surau terus untuk mengerjakan solat maghrib.
Di Kedai Lan Ban Pecah, encik suami order mee rebus udang sotong dan CH order maggi rebus udang sotong. Rasa dia okayyy ja.. Nak kata sedap sangat tu taklah. Boleh di terima tekak... Itu bagi CH dan suamilah. Kalau orang lain mungkin sedap dan kena dengan selera.
Inilah rupa mee dan maggi rebus udang sotong yang kami order. RM 10 semangkuk...
![]() |
Mee rebus udang sotong |
![]() |
Mee rebus udang sotong |
![]() |
Maggi rebus udang sotong |
![]() |
Maggi rebus udang sotong |
Okaylah sebab udang 5 ekor dan sotong pun banyak. So, boleh singgah sini untuk makan sambil melihat sunset.
terliur tgk maggi udang...
ReplyDelete*br follow ur blog*
sedapnya mee udang tu. CH ban pecah tu dah dekat dengan kampung miza
ReplyDeletemee rebus udang sotong... ermmm
ReplyDeleteUdang tu menggoda sungguh! Hihi.. best makan sambil hirup udara segar macam ni...
ReplyDeleteKak..ban pecah tanjung piandang ni kat negeri mana sebab zaza tak pernah dgr kawasan ni..
ReplyDeleteSedapnya tengok udang tu, terliur pula
ReplyDeleteTB tak pernah sampai lagi kat Ban Pecah, Tanjung Piandang ni.. Tak tau la bila nak pi sana pun.. huhu.. tapi kan... Mee rebus udang sotong tu nampak nyum nyum.. heew
ReplyDeletesy dah singgah ke Ban Pecah masa balik kampung kat Parit Buntar..waktu tu masih dalam proses pembinaan lagi..rasa macam nak singgah next trip balik ke Utara nanti..
ReplyDelete