Pengalaman Bercuti Di Grand Lexis Port Dickson - Part 1 - Cahaya Hayati

8 Mar 2016

Pengalaman Bercuti Di Grand Lexis Port Dickson - Part 1

Assalamualaikum wbt

Pengalaman bercuti di Grand Lexis Port Dickson. Pergi masa cuti sokolah Disember 2015 hari tu.. Hari ni baru nak update. Hehe.. alasan biasa. Sibuk dan tak sempat nak karang.

Bercuti di Grand Lexis memang best sebab kitaorang dapat 15% diskaun untuk bilik Grand Garden Pool Villa. Camna boleh dapat diskaun tu rahsiaaaaa la. :D

Best sebab bilik ni besar, dekat dengan parking tapi parking Grand Lexis ni selalu penuh ja. Parking atas memang seram sebab curam. Memula sampai tu guard suruh naik atas, maka kami naik la jugak tapi bila fikirkan bilik kat bawah terus turun balik. Cari parking kat bawah ja....

Customer service kat sini memang terbaik. Minta apa pun pantas ja dapat...

Untuk part 1 ni, layan gambar dulu dengan sedikit ulasan...
katil. Family besar maka harus 2 katil king
 Katil best sebab bagi 2 biji bantal sorang. Bersih dan kemas masa memula masuk.

Kolam dan meja santai
Kolam belakang ni pun bersih dan lantai kering. Di sini di letakkan meja untuk minum dan makan sambil melihat anak-anak mandi kolam.

Bilik persalinan. Ada wardrope, bilik mandi dan toilet
 Bilik salin sebelah kolam ja. Lepas main air terus masuk sini... Jadi tak lah basah satu bilik bila lepas mandi kolam tu. Dalam 3 langkah ja dari pintu kolam tu.

Ada orang dah tak sabar nak terjun kolam
Kolam ni pun luas. Orang dewasa pun seronok mandi. Tapi awas, sebab tahap klorin air kolam ini agak tinggi. Masa kami masuk tu memang ada bau klorin..

Kolam
Ha ni lah wardrobe dalam bilik persalinan tu. Dah atas ke bawah gambar ni.. Beg-beg baju semua letak sini. Jadi kat kawasan katil tu sentiasa kemaslah.

Wardrobe yang besar. Berkenan betul dengan wardrobe ni.. 
Ini pula meja di bawah TV. Di sini ada mini freeze. Ingatkan tersorok lepas la dari jadi mangsa mainan Aisy.  Tak juga, asyik buka tutup buka tutup.

meja dan mini freeze yang tersorok.
TV pun clear ja gambar dia... Tak layan sangat sebab bebudak tu asyik dengan kolam...

TV
Refresher hotel. Disediakan pelbagai jenis teh...  So, memang minum teh ja sambil tengok anak-anak mandi.

Tea & nescafe
Dapur. Terdapat pencuci dan kain lap sekali....

Dapur
Cawan Grand Lexis. Gambar masa minum petang sambil kunyah kerepek dan keropok... Cawan ada dua ja.. Rasanya Grand Lexis kena tambah lagi dua untuk bilik yang besar...

Cawan Grand Lexis
Ini saja untuk entry ni... nanti akak update lagi yer. :)

11 comments:

  1. bestnya nampak..! Ain yang dekat ni pun tak pernah masuk lagi Lexis ni.. hehehehee.. :)

    ReplyDelete
  2. siap ada basikal senaman

    ReplyDelete
  3. Bestnye berenang-renang di tepian

    ReplyDelete
  4. Salam kenal...bestnya..anak mesti suka ni...:)

    ReplyDelete
  5. Bestnya..xyh kuar bilik klau nk mndi kolam..hehe

    ReplyDelete
  6. selesanya.. turun katil jumpe kolam..

    ReplyDelete
  7. Please ...bagitau rahsia diskaun tu.PM hanasayyidi@gmail.com,serius lama sekodeng bilik ni.Tapi mahal sangat. :<

    ReplyDelete
  8. kt pool tu bertutup lh ye,so org dari atas x nampak lh kte ms terjun dlm pool ye

    ReplyDelete
  9. kt pool tu bertutup lh ye,so org dari atas x nampak lh kte ms terjun dlm pool ye

    ReplyDelete