Meredakan Batuk Mak! - Cahaya Hayati

17 Mar 2016

Meredakan Batuk Mak!

Baru-baru ni akak ada bawakan emak untuk buat MRI ke hospital Kangar. Disebabkan jarak antara kampung untuk ke Kangar lebih kurang satu jam setengah, akak ambil keputusan untuk tidur di rumah abang. Takut sesat sebenarnya sebab tak biasa sangat dengan jalan-jalan di Kangar.

Pada malam tidur di rumah abang tu.. Mak batuk tak berhenti. Mak bagitau dia lupa bawak minyak panas dia. Pastu akak bagi la minyak yu yee cap limau kat mak.  Minyak ni memang sentiasa ada dalam beg make up akak. 

Akak memang sentiasa  bawa sebab pernah sakit perut dalam perjalanan jauh. Nak minta atau tanya dengan orang malu. Malu orang tau kita sakit perut. hahaha

Bila mak akak sapu ja minyak yu yee ni kat dada dan tengkuk dia... batuk tu reda dan dia boleh tidur dengan selesa. So, minyak ni memang pelbagai guna rupanya.

Ok, akak memang baru tau!

minyak yu yee
minyak yu yee cap limau

1 comment:

  1. suka juga bau dia.. kalau pening naik kereta time jem, mesti minyak yu yee ada di sisi... hehehehee.. :)

    ReplyDelete