Tips Untuk Sentiasa Selesa Dalam Perjalanan - Cahaya Hayati

16 Mar 2016

Tips Untuk Sentiasa Selesa Dalam Perjalanan

Assalammualaikum wbt,

Musim cuti  sekolah tiba lagi... Nah tips untuk perjalanan jauh.

Sesetengah orang tidak suka berjalan jauh atau berada dalam perjalanan yang lama di sebabkan ketidakselesaan. Yelah, duduk atau tidur dalam bas mana nak selesanya.. TAPI kita boleh kurangkan ketidakselesaan tersebut

Bantal Leher

Minyak Yu Yee Cap Limau

Bantal leher amat di perlukan ketika perjalanan yang jauh agar berada atau tidur dalam keadaan yang selesa. Tidak la senget sana.. senget sini. Last last tersandar sedap di bahu orang sebelah. Kalau rakan yang di kenali tidak apalah. Bagaimana jika orang yang tidak di kenali dan berlainan jantina? Nanti tidak pasa-pasal dapat status 'PERVERT'.

Sweater

Minyak Yu Yee Cap Limau
Pastikan anda membawa sweater bersama. Ini adalah untuk mengelak dari kesejukan yang berpanjangan. Lainlah jika anda seorang yang suka sejuk dan boleh tahan sejuk. Tahu kan, bila kita kesejukan kita akan terasa cepat hendak membuang air kecil. Janganlah di sebabkan kita seorang bas terpaksa kerap berhenti.

Pakaian

Minyak Yu Yee Cap Limau

Pakailah pakaian yang bersesuaian ketika menaiki bas. Akak prefer seluar dan blouse atau t-shir lengan panjang. Bukan apa, agar tidak mendedahkan tubuh badan ketika tertidur. Zaman sekarang ni bukan boleh di buat main. Akan ada yang merakam aksi tersebut.. tup tup dah viral kat FB. 

Selain itu ia juga untuk mengelakkan kita dari jadi mangsa lelaki gila seks. Ada tau. Jangan ambil mudah perkara ini.

Kasut

Silalah pakai kasut yang sesuai untuk perjalanan jauh dan lama. Sport shoes adalah yang paling sesuai. Senang bergerak dan selesa.

Bekalan Kecemasan

Sebut pasal bekalan kecemasan ni, ramai yang kurang beri perhatian dan anggap ia tidak penting. Ramai yang tidak menyediakan kecuali mak mak yang ada anak kecil. Antara bekalan kecemasan yang perlu di sediakan adalah. Bekalan penyelamat!

yu yee oil, minyak yu yee cap limau, minyak yu yee, minyak angin, sakit kepala, penawar sakit kepala, minyak, yu yee cap limau, Tips Untuk Sentiasa Selesa Dalam Perjalanan , tips perjalanan jauh, tips bawa anak kecil jalan jauh
minyak yu yee cap limau wajib ada

  • Minyak Angin

Minyak angin amat di perlukan ketika perut merasa tidak selesa. Kita tidak tahu bila masa kita akan alaminya. Jadi minyak angin amat di perlukan dan sentiasa perlu di bawa bersama. 

Minyak angin yang akak suka adalah Minyak Yu Yee Cap Limau. Kenapa akak suka? Sebab minyak ni multifunction. Apa yang multifunction nya? Bukan setakat untuk perut, boleh juga untuk sakit kepala, pening-pening, mual, lenguh-lenguh.  Banyak lagi sebenarnya....

  • Ubat tahan sakit / Ubat demam
Akak ni jenis tak tahan kalau keluar masuk aircond dan panas. Cepat sungguh di hinggap sakit kepala. Kalau tak dapat ubat memang tak boleh buat apa.  Sanggup korang tahan sakit? Takkan punya. So, jangan lupa bawa bersama yer.

  • Ubat Allergic
Kalau korang jenis yang allergic, sila pastikan bawa bersama ubat allergic. Bukan apa, dulu masa kerja ada kawan yang jenis allergic bila berkunjung ke tempat baru. Allergic dengan air la, dengan makanan la.. 

  • Krim gatal


Krim gatal ni adalah sebagai penyelamat sebab bila berada dalam perjalanan, kita akan berasa gatal yang di sebabkan peluh atau kerusi bas. Bila rasa gatal, kita letak krimlah. So, tak perlu menggaru sepanjang perjalanan.

Lain orang lain sakitnya. Yang paling penting, bekalan penyelamat jangan lupa bawa. 

No comments:

Post a Comment