Assalamualaikum wbt.
Kali ini kami singgah di Taiping untuk menikmati keenakkan cendol Bismillah. Selalunya dengar keenakan cendol ini dari kawan-kawan saja. Kali ini cuba sendiri.
Alhamdulillah sedap. Rasa seperti cendol buat sendiri yang asli. Tidak terlalu manis dan lemak pula hanya dari santan asli. Tidak di campur dengan susu... Keenakkan air gula melaka dia tu yang menjadikan cendol bertambah sedap.
Di Bismillah Cendol ini, terdapat pelbagai pilihan cendol. Antaranya, Cendol biasa, Cendol Kacang Merah, Cendol Pulut... Pilihan kami adalah cendol kacang merah.
Sambil menikmat keenakan cendol kami juga merasa kelazatan pasembor yang juga di jual di situ. Kalau tidak kenyang memang boleh habiskan sepinggan. Tapi di sebabkan kenyang kami hanya order sepinggan dan makan ramai-ramai. Yang penting dapat rasai kelazatan tersebut.
So, boleh singgah lagi di sini lain kali. :)
Sedapnyaaaaa !
ReplyDeletehehe.. kalau datang taiping singgahlah di sini. In sha Allah tak rugi
Delete