Percutian Di Hujung Tahun 2015 Dan Di Awal Tahun 2016 - Cahaya Hayati

8 Jan 2016

Percutian Di Hujung Tahun 2015 Dan Di Awal Tahun 2016

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah di beri kesempatan untuk membawa anak-anak bercuti pada cuti sekolah yang lalu. Tidak dapat bawa pada awal cuti sekolah di sebabkan beberapa masalah peribadi yang melibatkan keluarga. Percutian ini adalah pada 31hb Disember sehingga 2 Januari 2016. So, dah cover cuti untuk tahun 2016 jugak.:D

Lokasi percutian kali ini adalah di Port Dickson. Menginap di Grand Lexis Port Dickson. Tempahan di buat oleh daddy Z. Memula book bilik Grand Pool Villa. Lepas tu minta tukar ke Grand Garden Pool Villa di sebabkan bilik tersebut lebih besar dan berdekatan dengan parking. Almaklumlah ahli keluarga ramai. 

Tempahan berjalan dengan lancar. Bayaran untuk booking pun minta di lakukan sehari sebelum check in. Nak bayar ketika walk in pun boleh.. Tapi kena inform awal-awal agar staff GL dapat masukkan remarks dalam system mereka.

Jadi, tak perlu risau kehilangan deposit jika tidak dapat pergi atau ada halangan ketika tarikh percutian.

Grand Lexis Port Dickson

Ingatkan tak ramai yang bercuti ketika sekolah hampir di buka. Ramai rupanya.. hihi. Orang Malaysia memang suka bercuti. Panjang barisannya ketika check in. Di sebabkan semua kaunter di buka maka process check in berjalan dengan cepat dan lancar.

Grand lexis Port Dickson

Perkhidmatan mengangkat beg pun baik. Dari parking sampailah ke bilik... Kalau tak jenuh jugak daddy Z nak angkat sorang-sorang. Terima kasih yer adik. Orangnya satu daerah ngan akak. Tengah buat praktikal kat situ katanya.

Banyak yang akak nak taip tapi sampai kat sini dulu. Nanti akak sambung lagi sebab masa mencemburui kita. Akak kan makan gaji!hik hik

No comments:

Post a Comment