Sambut 4 Birthday Sekaligus - Cahaya Hayati

12 Oct 2015

Sambut 4 Birthday Sekaligus

Assalamualaikum wbt.

Kali ni update tentang makan-makan sampai pecah perut.#justkidding.

Update tentang sambutan besday 3 generasi. Buat sekali sebab nak berjimat dalam ekonomi sekarang. Kena banyak simpan dari keluarkan. 

Birthday boy tema hijau. Birthday girl pakai merah..

Sambutan kali ini di Seoul Garden Sunway Carnival, Seberang Jaya. Motif makan-makan sampai lebam. Takde kek dan kejutan.. Just nak habiskan masa dengan family di tempat yang santai dan boleh feeling-feeling dok di korea.


Tayang lamb kimchi. Sedap ooi... Encik suami keja ngangkut lamb ni ja. 


Si Aisy yang tak reti dok diam. Sekejap pusing sana.. sekejap pusing sini. Dia pun suka makan.. Siap tunjuk yang mana dia nak. Hai lah adik, adik mana boleh makan semua. Jadi Aisy makan fries, nugget, nasi goreng dan ais krim. Banyak tau.

Mommy siap spare minyak telon dalam bag. Takut perut Aisy meragam. Alhamdulillah tak ada apa-apa. 

Ammar dan Aisya pula dok ambik kerang dan segala jenis siput. Sedap katanya... Udang ,sotong dan pelbagai jenis bebola dah tolak ke tepi. 


Semalam kami order kuah tom yam dan kim chi. Kalau tak suka pedas atau bawa anak kecil, silalah order kuah kim chi  atau sup.


Makanan yang banyak-banyak tu dah licin dikerjakan.

Kena makan sampai habis kalau tak nanti kena bayar RM 5 bagi setiap 100 gram makanan yang tak di habiskan. Jadi, kalau rasa tak boleh makan banyak-banyak... sila ambil sikit-sikit. :)


Lepas makan-makan, biasalah bawa MIL dan Ammar cari benda yang di hajati sebagai hadiah besday. 

Ini saja cerita hari minggu dan sambutan besday kali ini. 

1 comment:

  1. wah cikT makan korea tuu, heppi birthday buat semua ye, semoga di dalam rahmatNya sentiasa,amin.

    ReplyDelete