Assalamualaikum wbt.
Akhirnya semangat meng'update' blog sudah mai. Setelah bertungkus membetulkan responsive template. Belum siap 100% tetapi dah agak memuaskan hati. Ok tak template ni? Cer komen sikit...
Hari ini nak share resepi yang mudah dan sedap terutamanya kepada yang suka makan mee hailam dan hot plate yee mee. Bukan apa sesetengah orang tak suka.. Biasalah selera masing-masing.
Mee Lada Mommy Style |
Resepi Mee Lada
Bahan
1 bungkus mee
12 biji bebola daging
1 keping dada ayam - di potong kecil
2 pokok sayur sawi
3 biji bawang putih - di cincang halus
3 biji cili kering - di potong 2 atau 3
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
1 sudu kecil lada hitam - tumbuk halus
2 sudu besar tepung jagung- bancuh dengan 3 sudu air
5 - 6 cawan air
2 sudu besar minyak
4 biji telur ayam
garam
Cara
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili kering sehingga wangi dan agak garing. Masukkan air.
Tambahkan sos tiram, kicap dan lada hitam. Biarkan sehingga mendidih.
Masukkan ayam dan bebola daging. Masak seketika. Masukkan garam secukupnya.
Bila rasa dah cukup, masukkan bancuhan tepung jagung ketika kuah tengah mendidih.
Untuk menghidang, panaskan kuah sehingga mendidih.. Masukkan telur sebiji-sebiji. Biarkan telur masak seketika. Kemudian barulah masukkan sayur sawi dan mee. Biarkan seketika sehingga masak.
Hidang panas-panas.
* Sekiranya kurang pedas boleh makan bersama dengan cili potong kicap.
Selamat mencuba.
Berbunyi terus perut SA bila baca entry ni
ReplyDelete