Nak Sambut Di Tadika Katanya - Cahaya Hayati

19 Oct 2015

Nak Sambut Di Tadika Katanya

Assalamualaikum wbt.

Serba sedikit update tentang sambutan birthday Ammar di tadika. Nak sambut di tadika katanya. Dua tiga kali tanya nak jugak sambut kat tadika... Mommy dan daddy ikutkan sajalah sebab dah tahun akhir di tadika setelah 3 tahun mengenal huruf, belajar mengeja, membaca, mengira dan menghafaz di sini.


Kek tu tempah dengan adik PR opis. Kreatif dan rajin orangnya.. Kalah akak. hehe...

birthday boy
Nak sambut dengan kawan-kawan. Nak nyanyi lagu dan makan kek dengan kawan-kawan.

Alhamdulillah. Seronok tengok anak-anak kecil di tadika ini. Sporting...


Dah penuhi hasrat anak.


Di sebalik tabir pula. Nak sambut besday kat sekolah kena buat goodies bag sendiri  sambil di bantu oleh kakak. Sambil buat sambil masuk mulut... Suka lah depa. :)


Pembantu kecik pun sibuk nak tolong. Penat mommy kepung...Kalau boleh semua barang atas meja tu nak di tarik letak bawah...


Setakat ini saja sebab hari ini berada di luar pejabat. Kena bertugas di luar... Sesekali untuk mencapai sasaran yang telah di tetapkan.

1 comment: