Pikat Pasangan Dengan CiUM - Cahaya Hayati

7 Oct 2015

Pikat Pasangan Dengan CiUM

Assalamualaikum wbt.

Amaran: 

Entry ini hanya untuk pasangan yang sah bergelar suami isteri. Yang baru couple dan masih berstatus tunang jangan gatai-gatai nak cuba. 


Pernahkah dalam fikiran kita terlintas tentang perasaan indahnya ciuman pertama itu. Ingin ulanginya?

Atau

Hubungan anda sebagai suami isteri sudah terasa sedikit hambar... Telah mencuba pelbagai cara tetapi masih belum jaya....

Atau

Apakah yang anda lakukan dalam misi memikat pasangan? Dah lama kahwin... so takyah la nak pikat mikat bagai. Salah tu!

Jangan salah sangka. Saya bukan kaunselor perkahwinan yang boleh beri nasihat tentang perkahwinan atau penyelesaian masalah rumah tangga TAPI saya ada cara/ alat untuk memikat pasangan melalui ciuman yang lebih berperisa dan manis. Awwww!

CiUM Lip Balm

Memperkenalkan lip balm CiUM yang membawa pasangan lebih dekat, lebih memikat dan mempesonakan melalui ciuman.

Bagaimana CiUM tercipta? Ini ceritanya....

Boleh baca kisah ini di blog www.nomonkey.org

CiUM di datangkan dengan 4 perisa iaitu:

 a) CiUM Sambal/Ais
 b) CiUM Meeko/S'berry
 c) CiUM Jumbo/Ying
 d) CiUM Zac/Kimmy

Mesti anda tertanya-tanya bagaimana CiUM boleh memikat pasangan... Senang saja. Setiap pasangan akan memakai lip balm yang berbeza flavour ( contoh suami memakai flavour sambal, si isteri pula memakai flavor ais)... Pastu berikan ciuman selamat malam atau pagi kepada pasangan. Rasa unik yang terbit dari kombinasi lip balm ini pasti akan memberi rasa bahagia dan kejutan yang manis-manis saja.
Isi kandungan dan cara penggunaan.
Walaubagaimanapun, CiUM juga boleh di gunakan oleh orang bujang sebagai lip balm untuk menjaga kelembapan bibir. Caranya dengan meletakkan flavour yang berbeza di bibir atas dan bawah. Pasti anda akan sukakan rasanya.

Bawa kemana saja untuk pastikan bibir sentiasa lembap.

Jika berminat untuk mencuba CiUM bagi menambah perasaan CINTA & BAHAGIA dalam melayari bahtera rumah tangga, boleh dapati dan tempah di  www.nomonkey.org ataupun beli ketika anda menaiki penerbangan AIR ASIA. Di jual dalam semua penerbangan.

Jangan lupa untuk pikat pasangan anda dengan CiUM!



psssttt. Saya dengan suami malu kalau ambik gambar romantik-romantik. Gambar google pun jadilah. :)

2 comments:

  1. aaa..serius ke ni perisa sambal? cam menarik..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius. Tapi taklah pedas macam sambal.. manis. bila bergabung dengan ais, rasa dia akan jadi sejuk-sejuk manis. ke manis-manis sejuk.. haha

      Delete