kurung moden 2015 - Cahaya Hayati

7 Jul 2015

kurung moden 2015

Anda suka mengikuti perkembangan fesyen dan sentiasa mencari berita fesyen terkini? Jika ya, anda pasti dapat lihat perbezaan yang sedang melanda industri fesyen tempatan jika hendak dibandingkan dengan dahulu. Sebelum ini dunia fesyen di Malaysia boleh dikatakan agak ‘pudar’ dan ‘kelam’ kerana tiada banyak idea kreatif yang diketengahkan.
Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini kita dapat lihat kemunculan banyak pereka fesyen tempatan yang muda dan berbakat. Kehadiran mereka dengan pelbagai idea menarik telah memberikan harapan baru terhadap industri fesyen kita. Mereka berjaya menghasilkan pelbagai koleksi pakaian yang cukup hebat dan telah mendapat pengiktirafan sehingga di peringkat antarabangsa.
Namun perbezaan paling ketara sekali ialah bagi kategori fesyen Muslimah terkini. Apa yang memeranjatkan ramai pemerhati fesyen ialah ke atas perkembangan yang sangat ketara dengan fesyen Muslimah tempatan. Lebih banyak pilihan pakaian untuk wanita Muslimah atau memakai hijab yang boleh didapati dalam pasaran sekarang.


Trend baju kurung moden 2015 untuk tahun ini dilihat paling menonjol bersama pelbagai pilihan rekaan yang segar dan moden. Kalau dahulu baju kurung sebagai salah satu jenis pakaian tradisional lebih dikenali dengan potongan gaya lama namun kini baju kurung moden hadir dengan pelbagai jenis rekaan, corak dan potongan yang lebih moden. Ini memberikan peluang untuk wanita di luar sana agar kelihatan lebih stylish dan bergaya. Baju kurung moden lebih menarik untuk dipakai bukan sahaja ke pejabat malah ke majlis-majlis istimewa seperti majlis resepsi perkahwinan atau formal events.


Berikan sentuhan kreatif anda tersendiri ke atas persalinan anda agar menonjolkan sisi personaliti anda. Gayakan baju kurung moden anda dengan shawl atau tudung yang sesuai. Jangan lupa untuk padankan dengan sepasang killer heels atau ballerina flat bersama dengan tote bags atau clutch untuk penampilan yang lebih stylish dan anggun!

3 comments: