#Cabaran20Hari ~ Pengalaman Pahit Di Bulan Puasa - Cahaya Hayati

1 Jul 2015

#Cabaran20Hari ~ Pengalaman Pahit Di Bulan Puasa

Assalamualaikum wbt.

Cabaran kelima - pengalaman pahit di bulan puasa. Apa yer? Ha, dah ingat!

Cerita ni terjadi 2 tahun lepas iaitu semasa puasa tahun 2013. Cik Ti kena attend meeting di HQ. Bagi kami yang dah ada anak memang akan travel pergi balik pada hari yang sama. Selalunya akan naik flight paling awal dan balik dengan flight jam 7 atau 9 malam. Bergantung kepada jadual meeting... Kadang-kadang habis awal dan akan request tukar ke flight yang awal.
So, nak di jadikan cerita malam sebelum travel tu, Cik Ti makan serawa durian dengan roti. Makan banyak la jugak sebab dah lama tak makan. Sahur awal sikit sebab kejar masa untuk ke Airport Penang.
Smooth saja urusan pergi dan meeting. Di takdirkan meeting pula habis awal. Pukul 10 dah habis... Lepak HQ sehingga jam 12. Kepala dah rasa berat semacam... Then, decide untuk tukar flight. Balik awal.
Sampai di KLIA dah jam 1.30 petang. Tukar tiket ke jam 3 petang... Okeh ada masa untuk solat & rehat sat. Kepala semakin berat dan tekak semakin kering. Kering yang amat sampai nak telan ailior pun sakit. Dalam hati dok doa agar tak pengsan kat KLIA. huhu...
Masa check in, pegawai MAS dok tanya pregnant ke? Tak pregnant okeyyy!. Maybe sebab nampak tak sihat sangat kot.
Dugaan lagi. Flight yang sepatutnya jam 3 di tangguhkan di sebabkan cuaca. Tunggu punya tunggu.. inform tangguh lagi sehingga jam 7 malam. Tukar pun sama juga dengan waktu yang cik ti book.. huhu. Masih berpuasa dengan seribu rasa.
Bertolak dari KLIA jam tujuh. Nasib baik dapat duduk tepi tingkat. Jadi, bolehla tidur sekejap untuk kurangkan sakit kepala. Siapa yang duduk sebelah pun tak ambik tau dah..
Sampai Penang Jam 7.50 macam tu. Lelaki rupanya yang dok sebelah.. abaikan.
Then, dia tegur letih puasa ye. Haaa! Pastu jawab dengan serius. Taklah, saya sakit kepala sebenarnya... ooo, Dah masuk waktu berbuka. Ambil la kacang ni untuk berbuka..  Terima kasih. Cik Ti tak ambik pun. Kalau dia offer air, confirm Cik Ti ambil. HAHAHA dasar.
Agak2nya ada bunyi krohhhkrohhh tak masa saya tertidur tu... Nasib kaulah duduk sebelah Cik Ti. Niat lelaki tu baik. Tapi tu lah, tak kena masa sebab tengah tak sihat plus puasa seribu rasa.
Keluar dari airport tengok encik suami tengah tunggu dengan anak-anak. Nangis sebab dah tak tahan sakit... Cik Ti ni kalau sakit tak boleh tengok kesayangan. Nanti terus ja airmata ni keluar. non stop pula tu.
Buka puasa dalam kereta. Terus balik rumah.. Nak makan ubat dan tido. Itulah pengalaman pahit Cik Ti berpuasa dengan seribu rasa dan jadi waktu travelling.
Pengajaran kepada Cik Ti, jangan makan durian di bulan puasa. Panasnya lain macam.. Itu yang Cik Ti rasa masa sakit kepala.huhu.

1 comment: