loading...

1 Mac 2016

# blog

Tips Tambah Traffik Blog

Assalamualaikum wbt,

Hasil dari blogwalking. Baru akak tahu terdapat pelbagai cara untuk menambah uv/pv ataupun lebih di kenali sebagai traffik blog. Makin sibuk traffik blog, makin tinggilah uv dan pv... maka income yang masuk pun makin banyak. Eh, berhubung income tu terpulanglah kepada advertiser sama ada nak pilih blog kita atau tak. Kalau dia suka dengan penulisan kita, In sha Allah job tersebut akan menjadi milik kita.

cara meningkatkan uv blog

Blogwalking

Rajin berkunjung dan meninggalkan jejak dalam blog blogger yang lain, maka balasan yang di terima juga dapat meningkatkan traffik blog. Untuk menjadikan blog yang sering di kunjungi, blogger mestilah sentiasa update entry yang menjadi tarikan untuk orang berkunjung ke blog.

Exchange Feed

Exchange feed juga dapat meningkatkan traffik blog. Terutamanya bila kau sebagai blogger yang baru nak bertapak dapat membuat exchange feed dengan blogger yang terkenal dan mempunyai traffik yang tinggi.
Untuk exchange feed ini, team EFG atau Exchange Feed Group yang di terajui oleh mommy Irrayan.com telah membuat autofeed bagi blogger yang join EFG. Suatu perubahan dalam exchange feed sebab setiap hari, blogger EFG akan bertukar-tukar exchange dan bukan dengan blogger yang sama setiap hari.

Bloglist

Berada dalam bloglist blogger lain juga membantu untuk meningkatkan traffik blog. Selalunya blogger akan membuat segmen bloglist untuk memilih blog yang patut berada dalam bloglist. So, untuk berada dalam bloglist penganjur, sila patuhi segala syarat yang telah di tetapkan. In sha Allah traffik yang di terima dari blog list juga dapat meingkatkan uv/pv sekaligus menarik orang untuk menjadi followers blog.

Anjurkan Segment atau Giveaway

Dengan menganjurkan segmen atau giveaway, blogger dapat meningkatkan trafik blog. Tetapi trafik ini hanya pada tempoh penganjuran segmen atau giveaway tersebut. Kalau rajin buatlah setiap bulan. Kalau malas juga, jadilah sponsor untuk mana-mana blogger yang nak anjurkan giveaway. Selalunya penganjurkan akan letak syarat supaya like fan page, add friend @FB atau follow blog sponsor.

Join segmen & giveaway

Kalau tak nak anjur atau sponsor untuk Giveaway, maka rajinkanlah diri untuk join segmen atau giveaway yang di anjurkan. Kenapa perlu join, in sha Allah akan ada traffik yang datang ke blog bila kita join. first dari penganjur, untuk semak sama ada kita telah penuhi syarat atau tidak. Kedua dari peserta lain yang rajin blogwalking sebab nak menang. Eh, betul ke sebab nak menang? Patutlah tak penah menang sebab jarang buat blogwalking bila join giveaway.

Viral Entry Atau Entry Yang Sentiasa Di Cari

Kalau anda seorang yang peka kepada isu semasa dan pandai mengulas sesuatu topik dan boleh buat entry yang menjadi viral atau sentiasa di cari info tentangnya. Maka, buatlah entry tersebut. Contoh entry yang menjadi viral sekarang adalah resepi aiskrim sumi. Resepi mudah dan tak sangka akan menjadi viral. Maklumat atau info yang sentiasa di cari pula  adalah seperti entry resepi. 

SEO

SEO juga memainkan peranan penting sebab bila seo 100% maka blog kita akan berada dalam page yang pertama dalam enjin carian. Bila berada dalam page pertama, maka peluang untuk orang masuk ke dalam blog adalah cerah.

Melalui platform Easyhits4U

Mengetahui easyhits4U melalui blogger Qiya Saad . Easyhits4U adalah platform yang di buat khas untuk blogwalking yang lebih sistematik dan di jamin mendapat kunjungan balas. Seronok pula layan easyhits4U ni. Meh la join untuk sama-sama tingkatkan uv blog. 

2 ulasan:

AziRahmanDot Com berkata...

menarik....

Ahmad Hasif berkata...

waa bagus ni info.. betul tu apa yang dikatakan

nak belajar seo boleh datang website saya..

mengenai nak tambah trafik ni ada artikle saya tulis dah seminggu tak publish lagi.. panas sikit bab2 trafik ni.. ahaha. tgk la lepas edit sikit yg mana tak patot letak sy delete and pastu sy publish..

Pengikut

Google+ Followers

Follow Me @cahaya_hayati292