Sup Sayur Campur Bebola Ikan Mudah Dan Sedap. Assalamualaikum wbt & hi... Setiap hari wajib ada sayur walaupun anak-anak tak makan sayur tapi depa akan ambik kuah sup sayur saja. Jadi la.. sekurang-kurangnya ada juga sedikit khasiat sayur yang masuk dalam badan depa. Dah tak larat nak pujuk suruh makan sayur, tetap tolak juga. Tergigit sikit dah termuntah. Macam mana CH nak bagi anak-anak suka makan sayur. Masa kecik-kecik dulu memang makan semuanya. Bila dah mula tadika dan sekolah... terus taknak sayur. Huhu. Walaupun anak-anak tak mahu makan sayur, CH tetap usaha memasak sayur agar suatu hari nanti akan menjadi kegemaran anak-anak. Sup sayur campur bebola ikan adalah menu yang paling mudah dan sedap.
![]() |
Sup Sayur Campur Bebola Ikan |
CH suka masak sup sayur campur bebola ikan kerana bila tak habis, CH boleh hirup sup sayur ini saja. Makan panas-panas lagi sedap.
Sup sayur campur ini juga boleh dijadikan menu diet kepada yang tengah diet tu. CH punya diet dah ke lautan dalam dah. Huhu...
![]() |
Sup Sayur Campur Fishball |
So, sharing untuk hari ini adalah menu sup sayur campur bebola ikan yang super senang.
Sup Sayur Campur Bebola Ikan
Bahan:
1 pokok sawi - di bersihkan dan dipotong 1-2 cm
3 batang baby jagung - di potong
1/2 batang carrot - di potong memanjang
4 biji cendawan shitake - di potong nipis
4 biji bebola ikan - dipotong
1 biji bawang kecil - diracik
1 biji bawang putih - diracik
1/2 cili merah - di potong serong
garam secukupnya
minyak untuk tumis
3 cawan air
Caranya:
Panaskan minyak dalam kuali atau periuk.
Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan cendawan shitake dan bebola ikan. Masak sekejap.
Masukkan air. Biarkan sehingga mendidih.
Masukkan cili merah, carrot, baby jagung dan sawi. Biarkan sehingga separuh masak.
Tambah garam secukupnya.
Masak sehingga sayur masak sepenuhnya.
Angkat dan hidangkan dengan menu yang lain.
SA pun suka masak macam ni...sedap..berkhasiat...
ReplyDeleteSedapnyaaa
ReplyDelete