8 Cara Mencegah Mask Acne. Pemakaian face mask boleh menyebabkan terjadinya Mask Acne. Ia terjadinya di sebabkan tempoh pemakaian face mask yang lama lebih dari 4 minit bagi satu-satu tempoh, memakai face mask yang sama berulangkali ataupun tidak dicuci ( pelitup muka jenis kain) dan juga disebabkan oleh kulit yang sensitif. Untuk mencegah mask acne dari terjadi atau menjadi lebih teruk lagi, korang boleh mencuba 8 cara mencegah mask acne yang di kongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam laman facebook mereka.
8 Cara Mencegah Mask Acne
#1 Kerap mencuci muka dengan air suam atau pencuci muka.
#2 Gunakan pelembap muka sebelum dan selepas memakai pelitup muka.
#3 Elakkan bersolek jika memakai pelitup muka
#4 Pakai pelitup muka yang sesuai - Tidak ketat dan selesa di pakai, fabrik 2 lapisan, fabrik dari bahan semulajadi, lembut dan kulit boleh bernafas.
#5 Sapu krim antibiotik sebelum memakai pelitup muka
#6 Tanggalkan pelitup muka selama 15 minit bagi setiap 4 jam. Yang ni korang kena hati-hati. Salah tempat buka, kena saman RM1,000 la..
#7 Guna pelitup muka yang baru setiap kali hendak keluar ( bagi pelitup muka jenis pakai buang)
#8 Basuh pelitup muka kain setiap kali lepas digunakan.
Ini tips bagi korang yang belum kena mask acne atau masih dalam peringkat permulaan. Bagi yang dah kena dan teruk macam CH, bolehlah dapatkan nasihat dan rawatan dari klinik pakar kulit yang berdekatan. CH advise macam ni sebab CH takmo kulit muka korang yang halus mulus tu jadi berkawah dan berparut.
Selamat mencuba uolls!
tulah..pakai jerawat, tak pakai penyakit pulak. cepatla covid ni pergi hendaknya
ReplyDeletekena kerap cuci muka lepas pakai mask :)
ReplyDeletesemoga covid cepat pergi..
ReplyDeletesakit kepala
sakit belakang
cara menghilangkan sakit kepala