Resipi Udang Galah Masak Diraja Sedap Sangat. Assalamualaikum wbt & hi korang. Semalam adik CH beli udang galah RM1 seekor. Teringin nak makan udang galah katanya. Dia minta CH buatkan sambal udang tapi CH buat Udang Galah Masak Diraja. Rasa Udang Galah Masak Diraja ini lebih sedap dan menyelerakan. Lebih-lebih lagi apabila rasa dan aroma dari serai, lengkuas, halia serta cili bersatu. Ditambah pula dengan rasa lemak santan. Lauk ni saja pun dah cukup.
Udang Galah Masak Diraja Sedap Sangat |
Orang Kulim yang mahukan udang galah RM1 seekor, boleh dapatkan di hadapan SMK Keladi setiap hari ahad. Nak lagi senang, korang pm saja page Hasil Segar Viral Kedah ni. Boleh book siap-siap atau tanya buka atau tak? Taklah korang pergi tapi takdak udang galahnya.
Inilah saiz udang galah RM1 seekor tu. Dapat sorang 3 ekor pun dah puas makan.
Udang Galah |
Selepas sejam ketung ketang kat dapur, Udang Galah Masak Diraja sedia di makan.
Udang Galah Masak Diraja siap! |
Resipi Udang Galah Masak Diraja Sedap Sangat
Resipi Udang Galah Masak Diraja Sedap Sangat |
40 ekor udang galah (boleh gantikan dengan udang kertas) - dibersihkan dan ketepikan.
3-4 sb cili kisar
2 batang serai - di ketuk
Minyak untuk menumis
RM 2 santan
garam secukupnya
gula secukupnya
1-2 keping asam gelugor
2sk serbuk kunyit
Bahan Kisar:
3-4 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 cm halia
1 batang serai
2 cm lengkuas
Caranya:
Panaskan minyak. Tumis cili sehingga naik bau.
Tambahkan bahan kisar. Gaul rata dan masak sehingga pecah minyak.
Bila dah mendidih, masukkan serbuk kunyit, serai, asam keping, garam, gula dan santan. Masak lagi sehingga pecah minyak dan sedikit pekat.
Masukkan udang dan gaul rata. Biarkan sehingga udang masak sepenuhnya.
Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.
Jom tambah ilmu dengan ikuti link telegram di bawah...
Info Ibu Hamil
Info Resepi
Info Motivasi
Malaysia Blogger Influencer & Content Writer
Sedapnyaaaa...okeh lepas bulan 3 nanti baruboleh makan seafood...
ReplyDeleteTerima Kasih kongsi resepi CH ..
ReplyDeleteIdea juga utk memasak udang..
Sedapnya udang galah
ReplyDeleteboleh la cuba resepi ni nanti untuk kelainan. biasa kalau udang galah ni kitorang suka masak sambal tak pedas.
ReplyDelete