Kerabu Mangga Nanas Mudah Dan Sedap - Cahaya Hayati

10 Feb 2021

Kerabu Mangga Nanas Mudah Dan Sedap

Kerabu Mangga Nanas Mudah Dan Sedap. Assalamualaikum wbt & hi korang. Masak apa lunch nanti? CH masak simple-simple jer yang mudah dan tak ambil masa lama sebab hari ni CH masih bekerja tetapi anak-anak dah mula cuti sekolah. Bangun pagi-pagi ja dah atur menu untuk hari ini supaya anak-anak tak ganggu CH masa tengah buat kerja. CH rasa ibu-ibu yang lain pun begitu juga. Selamat bekerja ibu-ibu. Antara menu makan tengahari yang CH suka buat adalah kerabu mangga atau kerabu nanas yang dicampur dengan ulam-ulaman seperti ulam raja, pucuk selom ataupun pucuk janggus. Terpulang ulam apa yang ada kat rumah. Disebabkan semalam ada buah nanas dan mangga muda, maka terjadilah kerabu mangga nanas mudah dan sedap. 


Kerabu Mangga Nanas Mudah Dan Sedap 



Kerabu mangga nanas ni, CH buat atau sediakan bahan ketika tengah menggoreng ikan. Kira dua menu pada masa yang sama. Dengan cara ini, CH dapat siapkan 3 menu dalam masa sejam. CH mula masak pukul 12.30 dan pukul 1.30 dah siap masak. Lepas masak terus makan, lepas tu solat. Barulah boleh sambung buat kerja dengan tenang. Hahaha... 

Ibu-ibu yang lain, tak perlu tiru cara CH. Atur cara korang sendiri yang penting happy, tenang dan boleh bekerja dari rumah dengan lancar. 

Kerabu Mangga Nanas Mudah Dan Sedap, kerabu mangga, kerabu, kerabu mangga mudah dan sedap, kerabu nanas, nanas. mangga, mempelam, mangga muda, kerabu, cara buat kerabu mangga, bahan untuk buat kerabu mangga, resipi kerabu manggan sedap, resepi kerabu mangga mudah, resipi ramadhan, pembuka selera, menu tambahan untuk makan tengahari
Kerabu Mangga Nanas Mudah Dan Sedap 

Untuk kerabu mangga nanas ni, CH hidangkan bersama ikan goreng dan masak lemak cili padi udang. Ni kes malas nak tumbuk sambal belacan. Hahaha... 

Kerabu Mangga Nanas Mudah Dan Sedap, kerabu mangga, kerabu, kerabu mangga mudah dan sedap, kerabu nanas, nanas. mangga, mempelam, mangga muda, kerabu, cara buat kerabu mangga, bahan untuk buat kerabu mangga, resipi kerabu manggan sedap, resepi kerabu mangga mudah, resipi ramadhan, pembuka selera, menu tambahan untuk makan tengahari
Kerabu Mangga Nanas Mudah Dan Sedap 

 

So, ini resepi kerabu mangga nanas cara CH. 


Resipi Kerabu Mangga Nanas Mudah Dah Sedap


Bahan:

1 biji mangga muda - disagat halus
1 biji nanas masak saiz kecil - di potong halus
1/2 biji bawang besar - dihiris separa bulat nipis
3-4 biji cili padi - dipotong kecil
garam secukupnya'
gula secukupnya
1-2 sk cuka


Caranya:

Satukan semua bahan dan gaul rata. 


Psstt... nak lagi sedap, korang letak la udang kering dengan bunga kantan. Memang tak pandang kiri kanan dah kalau makan. 


Selamat mencuba uolls!



No comments:

Post a comment