Lirik Lagu Bangkit Kembali Khai Bahar - Cahaya Hayati

5 Jan 2021

Lirik Lagu Bangkit Kembali Khai Bahar

Lirik Lagu Bangkit Kembali Khai Bahar. Malam-malam layan youtube... tiba-tiba ternampak lagu baru Khai Bahar. Baru upload 5 hari lepas. Dengar 2,3 kali baru faham maksud tersirat dalam lagu Bangkit Kembali ni. Setiap dugaan adalah rahsia dari Allah. Setiap dugaan ada sinar mentari yang akan muncul... 


Lagu ni jugak mengajak kita untuk tunaikan zakat semoga dapat membantu yang memerlukan. Jom sama-sama hayati lirik dan video klip terbaru dari Khai Bahar ni. Layanzzz...


. 


Lirik Lagu Bangkit Kembali Khai Bahar


Langit nan cerah, terang cahaya

Sejuk terasa, tenang bahagia

Sinar mentari kian menjelma

Tanda ceria oh gembira


Tuhan mengapa sembunyikan mentari

Datang ribut yang melanda tanpa henti

Rupanya betapa indah sang pelangi

Yang mengganti


Terukir indah lukisan jiwa

Menjejak rasa hati bergema

Menyelam kata penuh bermakna

Adakah kekal selamanya


Engkau berjuang menahan oh derita

Redupkan duka yang semakin gelora

Tangan yang menghulur dibiar rahsia

KeranaNya


Tuhan mengapa sembunyikan mentari

Datang ribut yang melanda tanpa henti

Rupanya betapa indah sang pelangi

Yang mengganti


Engkau berjuang menahan oh derita

Redupkan duka yang semakin gelora

Tangan yang menghulur dibiar rahsia

KeranaNya


No comments:

Post a comment