Dari Nak Teman Adik Ipar Terus Jadi Ladies Day Out - Cahaya Hayati

9 Sept 2020

Dari Nak Teman Adik Ipar Terus Jadi Ladies Day Out

Dari Nak Teman Adik Ipar Terus Jadi Ladies Day Out. Assalamualaikum wbt & hi korang! Buat trowback sebenarnya sebab ni kejadian pada hari ahad lepas. Baru sempat nak update dalam blog.. Dua minggu lepas adik ipar tanya kat mana nak shopping. Terus CH tanya dia nak beli apa? Dia cakap nak cari kasut dan seluar kerja. Bila dia cakap kasut dengan seluar ja, CH mention la yang CH selalu beli dekat Sunway Carnival Seberang Jaya. Kalau nak CH bawakan pun boleh... Terus dia kata, okay kak yati... Nanti bila dia cuti hari ahad, dia update. So, ahad baru ni lah yang dia cuti hari ahad. Terus proceed dengan agenda dalam group ipar, biras perempuan. Mula-mula hanya kami berdua tetapi sehari sebelum kejadian, semua pakat nak join. Maka dari berdua terus berenam. Jadilah ladies day out. Hahaha...


Sebelum keluar, masing-masing dah dapat kebenaran dari suami tau dan juga duit belanja shopping. Ni yang paling penting.


Keluar dari rumah pukul 9 pagi dan berkumpul di rumah biras. Gerak dengan satu kereta dan singgah di KAK SAL KELATE untuk bersarapan. KAK SAL KELATE menjadi pilihan kerana di restoran ini terdapat pelbagai pilihan menu pantai timur yang sedap. 





Lepas sarapan kami terus gerak ke Sunway Carnival. Tak reti nak cerita tapi korang layanlah gambar-gambar kami shopping ni..



Kat Sunway Carnival, CH sempatlah beli kasut kerja sepasang untuk ganti kasut kerja sekarang yang dah tak sedap pakai dan tapaknya juga sudah haus.... 


Lepas shopping, semua pakat lapar balik. Biras CH cadangkan kami lunch dekat Nash Bistro Bandar Perda. Masa kami sampai, ramainya orang dan masing-masing memang follow SOP. 



Inilah menu yang kami order... 



Lepas makan, terus balik sebab Abah ( FIL) masuk hospital. Serangan stroke kali ke-3.... Sehingga hari ni masih lagi berada di hospital. Doakan Abah cepat sihat ya. 


Itu saja cerita ladies day out. 

2 comments:

  1. Seronoknya keluar ramai- ramai..lama dah x kelar ramai- ramai macam ni

    ReplyDelete
  2. Bestkann dapat ladies day out sekali sekala macam ni��

    ReplyDelete