Buat Sendiri Ikan Lengat Mudah Dan Sedap - Cahaya Hayati

14 Sep 2020

Buat Sendiri Ikan Lengat Mudah Dan Sedap

Buat Sendiri Ikan Lengat Mudah Dan Sedap. Assalamualaikum wbt & hi korang. Semalam CH teringin nak makan ikan lengat cicah air asam atau cabai picit utara. Dah lama tak buat...Bila buat menu macam ni memang makan bertambah. Senang saja nak buat ikan lengat ni cuma renyah dekat nak kukus ikan tu.... Bila dah buat memang sedap makan nasi dengan ulam-ulaman seperti pucuk gajus, selom, ulam raja dan lain-lain lagi.


Buat Sendiri Ikan Lengat Mudah Dan Sedap


Dulu kalau nak makan ikan lengat, CH beli saja dari pasar malam. Balik tu buat masak asam atau goreng saja. Makan bertambah uolls! Tapi sekarang, susah nak dapat dan CH sendiri pun dah lama tak ke pasar malam. Hahaha.. Takut  nak ke tempat yang sesak dan ramai orang. Tambah-tambah dok kat Kedah yang mana case Covid 19 masih rancak... Memang CH kena berjaga-jaga kena menghindari itu lebih baik dari mengubati. 


Buat Sendiri Ikan Lengat Mudah Dan Sedap, ikan lengat, ikan kukus, resipi ikan lengat, resipi ikan lengat medah dan sedap, sedapnya ikan lengat, ikan
Buat Sendiri Ikan Lengat Mudah Dan Sedap


Okaylah. Ni resipi ikan lengat mudah dan sedap. Sambil pejam mata pun korang boleh buat. 


Resipi Ikan Lengat Mudah Dan Sedap


Bahan:

1kg ikan temenung lemak
Garam - 3 kali ganda jumlah yang digunakan untuk goreng ikan
7-10 keping asam gelugor


Caranya:

Bersihkan ikan dan tos sehingga air ikan kering. 

Gaul dengan garam dan asam keping. Perap selama 1 jam. 

Susun ikan ke dalam loyang atau bekas mengukus yang mempunyai lubang-lubang supaya air ikan jatuh ke bawah. 


Buat Sendiri Ikan Lengat Mudah Dan Sedap, ikan lengat, ikan kukus, resipi ikan lengat, resipi ikan lengat medah dan sedap, sedapnya ikan lengat, ikan
Ikan lengat mudah dan sedap


Kukus sehingga ikan masak. Lebih kurang 10 - 15 minit. 


Buat Sendiri Ikan Lengat Mudah Dan Sedap, ikan lengat, ikan kukus, resipi ikan lengat, resipi ikan lengat medah dan sedap, sedapnya ikan lengat, ikan
Kukus ikan lengat guna kuali jer...


Bila dah masak, simpan dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti sejuk. Lagi lama simpan, lagi sedap. Tak perlu risau sebab ikan lengat ini tahan lama. 

Untuk goreng, hanya panaskan minyak dan goreng sehingga garing. 


Buat Sendiri Ikan Lengat Mudah Dan Sedap, ikan lengat, ikan kukus, resipi ikan lengat, resipi ikan lengat medah dan sedap, sedapnya ikan lengat, ikan
Dah siap ikan lengat mudah dan sedap


Tapi CH tak goreng, CH makan ikan lengat cicah air asam/ cabai picit utara. Sedappppp sangatttt! Untuk resipi air asam keisik,  korang boleh tengok kat SINI


No comments:

Post a comment