Resipi Lala Masak Pedas Mudah Dan Sedap - Cahaya Hayati

16 Sep 2020

Resipi Lala Masak Pedas Mudah Dan Sedap

Resipi Lala Masak Pedas Mudah Dan Sedap. Assalamualaikum wbt  dan Selamat Hari Malaysia uolls. Mood rajin sikit pagi ni, so kita update resipi lala masak pedas mudah dan sedap. Dah lama masak tapi gambar tersimpan saja dalam galeri telefon. Hahaha... 



Resipi Lala Masak Pedas Mudah Dan Sedap, resipi lala mudah dan sedap, resipi siput retak seribu, sambal lala, lala masak sambal, mudahnya masak lala
Resipi Lala Masak Pedas Mudah Dan Sedap 


Makin lama makin malas pula nak update blog. Pastu jeles tengok orang dapat income blog ribu riban. Kita nak dapat 1 dolar sehari pun payah... Takpa yakin dengan diri dan usaha lagi sampai jadi sebab nak dapat income banyak dari blog tu bukan usaha sehari dua tapi usaha yang berterusan. Tak percaya, tanyalah pada otai-otai blogger. 


Oklah tak nak bebel panjang-panjang sebab CH ada banyak lagi kerja rumah yang nak kena buat terutamanya bahagian laundry. Nah resipi lala masak pedas mudah dan sedap. 


Resipi Lala Masak Pedas Mudah Dan Sedap, resipi lala mudah dan sedap, resipi siput retak seribu, sambal lala, lala masak sambal, mudahnya masak lala
Resipi Lala Masak Pedas Mudah Dan Sedap 


Resipi Lala Masak Pedas Mudah Dan Sedap 


Bahan:


1 kg lala/ retak seribu - dicuci dan direbus terlebih dahulu

1 biji bawang besar - potong separa bulat

2 ulas bawang putih - di racik

2 cm halia - di racik

2 sb cili kisar

1 sb sos cili

gula secukupnya

garam secukupnya

minyak untuk tumis

air asam secukupnya


Caranya:


Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga wangi dan sedikit garing

Masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak.

Tambah sos cili, garam, air asam dan gula. Kacau rata dan biarkan ia mendidih sebentar

Masukkan lala / retak seribu yang telah di rebus. Gaul rata dan biarkan kuah sedikit kering. 

Angkat dan hidangkan dengan lauk pauk dan nasi panas. 


Note: CH rebus lala/ retak seribu terlebih dahulu sebab mudah nak kenalpasti lala/retak seribu yang tak terbuka sebab ada selut. Bila jumpa mmg CH akan buang siap-siap dan bersihkan sekali lagi supaya rasa selut tersebut hilang. Ini cara CH la sebab ada banyak tips dan cara untuk bersihkan lala/ siput retak seribu. 

No comments:

Post a comment