Pengeluaran RM500 Sebulan Akaun 2 KWSP Bermula 1 April 2020 - Cahaya Hayati

23 Mar 2020

Pengeluaran RM500 Sebulan Akaun 2 KWSP Bermula 1 April 2020

Pengeluaran RM500 Sebulan Akaun 2 KWSP Bermula 1 April 2020. Dalam sidang media Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan inisiatif pengeluaran RM500 sebulan akaun 2 KWSP bermula 1 April 2020 bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat akibat Covid-19. 

Pengeluaran RM500 Sebulan Akaun 2 KWSP Bermula 1 April 2020, pengeluaran kwsp sempena covis-19, pengeluaran kwsp sempena covid 19, pengeluaran kwsp sempena movement control order, pengeluaran kwsp akaun 2 tahun 2020, pengeluaran kwsp sepena perintah kawalan pergerakkan,
Pengeluaran RM500 Sebulan Akaun 2 KWSP Bermula 1 April 2020


Inisiatif ini dijangkakan akan memberi manfaat kepada 12 juta pencarum KWSP yang berumur 55 tahun kebawah. Pengeluaran caruman ini adalah selama 12 bulan dengan anggaran pengeluaran RM 40 billion. 

Sebelum ini, kerajaan juga mengumumkan pengurangan kadar caruman dari 11% kepada 7% iaitu sebanyak 4%  bermula 1 April 2020 sehingga Disember 2020. Pengeluaran dan pengurangan ini membolehkan pencarum mempunyai wang lebih untuk berbelanja barangan keperluan harian. 

Dalam sidang media ini juga YB Perdana Menteri juga menasihat penerima manfaat ini untuk menggunakan wang tersebut dengan baik dengan memastikan segala keperluan mencukupi untuk keluarga. 

Inisiatif ini dilancarkan demi mengurangkan beban rakyat. 

Alhamdulillah. Inisiatif yang sangat-sangat bermanfaat kepada rakyat. Bagi yang berkeperluan untuk keluar, keluarkanlah. Bagi yang masih menerima gaji dan mencukup untukbeanja seisi keluarga, simpan dulu untuk kegunaan pada masa akan datang kerana kita tak tahu lagi keadaan/ ekonomi pada masa akan datang. Kita juga tak tahu berapa lama lagi MCO ini akan berlangsung... Harap-harap ia tidak akan lama dan kita boleh bekerja dan anak-anak boleh bekajar seperti biasa. In sha Allah. 

Marilah kita bersama-sama mematuhi arahan dan memberi kerjasama kepada kerajaan dalam membenteras Covid-19. 

1 comment:

  1. hopefully dgn adanya inisiatif mcm ini boleh membantu masyarakat yg betul2 memerlukan..

    ReplyDelete