Fahami Kenapa Pengurangan Caruman 4% Dan Pengeluran RM500 Sebulan KWSP Dilaksanakan. Semalam sebaik saja YB Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan membenarkan pengeluaran maksimum RM500 sebulan selama 12 bulan duit KWSP, terus saja ada yang pertikaikan kenapa dibenarkan? Kenapa bukan kerajaan saja yang bagi duit RM500 tu setiap orang? Rupanya kena keluarkan duit KWSP sendiri juga. Haaaa tepukkkk.!
CH bukanlah pakar ekonomi tapi reti sikit-sikitlah bab ekonomi ni. Terutamanya bab permintaan, penawaran dan lain-lain yang bersangkut dengan hal ekonomi.
Korang tahu tak, dalam tempoh MCO atau Arahan Pengawalan Pergerakkan ini ada yang dah hilang pekerjaaan, ada yang tiada terus punca pendapatan terutamanya yang dibayar gaji harian dan yang meniaga kecil kecilan seperti gerai. Duit modal yang ada dah digunakan dan semakin habis... Macam mana nak teruskan hidup? Banyak kilang yang tak beroperasi sekarang ni. Kilang besar pun hanya pekerja tertentu saja yang bekerja. Dari 800 pekerja mungkin 50 orang saja yang bekerja. Itu hakikat! Ini bukan pandangan kosong tapi pemerhatian bila suami, adik dan ipar bekerja di industri perkilangan. Nasib baiklah kilang mereka kilang yang establish dan gaji masih ada walaupun tak bekerja.
Korang rasa berapa lama MCO ini dilaksanakan? CH sendiri merasakan yang MCO ini akan ditambah 2 minggu lagi memandangkan jumlah kes Covid-19 semakin meningkat. Mungkin juga berlarutan sehingga 2-6 bulan... Tak percaya korang tengoklah pada negara pertama yang dilanda Covid-19. Sudah bekerja seperti biasa? Belum kan dan masih dalam tempoh MCO cuma tak seketat awal-awal wabak saja...
Ekonomi Malaysia sekarang ni sangat teruk walaupun baru seminggu MCO....
Sebab itulah kerajaan kurangkan jumlah caruman ke 4% selama 8 bulan dan membenarkan pengeluaran maksimum RM500 sebulan supaya dapat pulih balik ekonomi rakyat (duit) dan ekonomi negara.
Bila rakyat ada duit, rakyat boleh membeli (yakni permintaan). Permintaan terhadap makanan, permintaan terhadap online shopping, insurans dan macam-macam lagi...
Bila ada permintaan, adalah penawaran. Maka pemberi penawaran akan ada pendapatan. Bila ada pendapatan, akan ada operasi pengilangan dan sekaligus dapat menggajikan pekerja. Bila ada kerja, rakyat akan ada pendapatan dan makin bertambah pendapatan maka makin banyaklah permintaan.Bila banyak permintaan, makin banyaklah penawaran.
Bila makin banyak permintaan dan penawaran, makin baiklah ekonomi negara dan poket rakyat. Bila ekonomi semakin baik, kita juga yang merasa nikmatnya macam sebelum MCO.
So, yang sayang duit KWSP dan takmau bawa keluar jangan la kondem sebab korang masih menerima gaji dan mampu untuk teruskan hidup. Ingat ada yang lagi susah dari kita saat ini...
Bagi yang berkeperluan, korang keluarkan lah. Dengan pengeluaran tersebut, korang dapat memastikan keluarga ada tempat berteduh. Dengan pengeluran tersebut, korang dapat memastikan keluarga dapat makan setiap hari. Dan dengan pengeluaran tersebut, korang dapat meneruskan perniagaan kecil-kecilan. Dan dengan mengeluarkan duit kwsp ini juga korang tak berhutang dengan mana-mana along atau individu.. . Teruskan dan jangan dengar pendapat orang. Ambil peluang yang diberikan oleh kerajaan.
Keputusan yang bijak mempengaruhi hidup kita SUSAH atau SENANG.
Orang macam wak ni, takde akaun KWSP
ReplyDeleteKWSS aje (Kumpulan Wang Simpanan Sendiri)